Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Jun 23, 2021 | 5:30 AM
6ad19d23-5c27-4ab7-b71d-33fdf832bcc4
-

Australia bantah langkah PBB senarai terumbu 'dalam bahaya'

BRISBANE: Kerajaan Australia menentang keras rancangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mahu menyenaraikan terumbu karang terbesar di dunia atau Great Barrier Reef sebagai 'dalam bahaya'.

Badan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu mengeluarkan draf laporan kelmarin, yang mengesyorkan status warisan dunia itu itu diturunkan kerana terumbu karang itu mengalami kemerosotan yang dramatik akibat akibat fenomena perubahan iklim global.

Aktivis alam sekitar berkata, keputusan itu menunjukkan betapa kurangnya tindakan Australia untuk mencegah pelepasan (karbon) dan menimbulkan rasa malu kepada kerajaan. - AFP.

EU tingkat sekatan ke atas junta Myanmar

LUXEMBOURG: Kesatuan Eropah (EU) kelmarin menambahkan lapan lagi sekatan termasuk tiga syarikat berkaitan junta Myanmar, susulan rampasan kuasa dan kekerasan yang digunakan ke atas penunjuk perasaan.

Pembekuan aset dan larangan visa itu termasuk ke atas beberapa menteri, menurut senarai yang disiarkan di journal rasmi EU. Blok 27 negara itu turut meletakkan syarikat permata dan kayu milik negara dalam senarai itu, bertujuan mengehadkan pendapatan utama kepada junta tentera. - AFP.

Ramai golongan muda AS enggan divaksin

WASHINGTON: Kadar vaksinasi golongan muda di Amerika Syarikat (AS) lebih rendah, sekali gus memperlahankan kadar capaian berbanding kumpulan umur lain, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, semalam.

Menurut kenyataan CDC, jika keadaan itu berterusan hingga Ogos, kadar capaian vaksin bagi golongan berusia 18 tahun hingga 29 tahun di AS tidak akan dicapai berbanding golongan dewasa dan warga emas.

CDC berkata, lebih banyak usaha diperlukan bagi mempertingkatkan kadar vaksinasi kepada golongan muda bagi mengurangkan kemasukan ke hospital atau kematian akibat Covid-19. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg