Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Jun 29, 2021 | 5:30 AM
6c7c9325-9010-4423-8d75-a5d8ca0852c1
-

Thailand umum perintah sekatan baru

BANGKOK: Thailand mengarahkan semua restoran di ibu negara Bangkok dan wilayah berhampiran menutup operasi mereka selama sebulan, berikutan langkah sekatan pergerakan dalam usaha menyekat penyebaran Covid-19.

Larangan makan di restoran itu berkuat kuasa semalam sebagai tambahan kepada sekatan untuk pekerja binaan di kawasan metropolitan Bangkok dan empat wilayah lain, yang menyebabkan peningkatan kes jangkitan.

Pusat beli-belah di Bangkok dan wilayah berhampiran diarahkan tutup pada 9 malam.

Menurut warta rasmi kerajaan Royal Gazette, semua perhimpunan lebih 20 orang, seminar dan persidangan dilarang sama sekali di Bangkok dan lima wilayah lain. - Agensi berita.

Bangladesh laksana perintah berkurung lebih ketat

DHAKA: Bangladesh mengumumkan perintah berkurung lebih ketat mulai semalam, selepas merekodkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 varian Delta, yang lebih berbahaya dan membimbangkan.

Pemerintah berkata pejabat pemerintah serta swasta diarahkan ditutup selama seminggu, dan hanya pengangkutan berkaitan perubatan dibenarkan.

"Tiada dibenarkan keluar dari rumah kecuali kes kecemasan," menurut satu kenyataan.

Jurucakap Jabatan Kesihatan, Encik Robed Amin, berkata polis dan pengawal sempadan akan dikerahkan untuk menguatkuasakan penutupan, malah tentera mungkin terbabit jika diperlukan. - AFP.

Australia adakan sidang tergempar tangani Covid-19

SYDNEY: Jawatankuasa menangani Covid-19 Australia dijadualkan mengadakan mesyuarat tergempar semalam, sedang varian Delta virus Covid-19 menular merentasi negara itu.

Lebih 20 juta rakyat Australia, atau kira-kira 80 peratus penduduk, kini berada di bawah perintah sekatan sedang pegawai kerajaan bertungkus lumus cuba membendung lonjakan kes di setiap negeri dn wilayah.

"Saya fikir kita sedang memasuki satu fasa baru pandemik ini, dengan varian Delta yang lebih mudah berjangkit," kata Menteri Kewangan, Encik Josh Frydenberg, kepada badan penyiaran berita Australian Broadcasting Corp semalam, sambil menambah bahawa Australia kini berdepan "masa runcing" dalam usaha memerangi Covid-19.

Jawatankuasa keselamatan kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Scott Morrison diberi taklimat oleh ketua pegawai perubatan Australia mengenai keadaan yang dihadapi, kata Encik Frydenberg. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg