Saudi bebaskan 2 aktivis hak wanita
LONDON: Arab Saudi telah membebaskan dua aktivis hak wanita yang ditahan hampir tiga tahun lalu selepas mereka menjalani hukuman masing-masing, menurut kumpulan hak Saudi yang berpangkalan di London, ALQST, kelmarin.
Samar Badawi dan Nassima al-Sadah ditahan pada Julai 2018, bersama sekumpulan aktivis lain, kerana disyaki membahayakan kepentingan Saudi.
Langkah menghukum mereka mengundang kutukan antarabangsa ketika itu. - Reuters.
Pertemuan tiga pemimpin Arab di Baghdad
KAHIRAH: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi dan Raja Abdullah dari Jordan bertemu di Baghdad kelmarin, menandakan lawatan pertama oleh ketua negara Mesir ke Iraq sejak Saddam Hussein menyerang Kuwait pada 1990.
Amerika Syarikat telah menggesa Iraq meningkatkan hubungan dengan negara Arab untuk menentang pengaruh Iran dan lawatan Encik Sisi bagi perbincangan ketiga antara Mesir, Jordan dengan Iraq bertujuan menjalin hubungan kerjasama yang lebih rapat dalam bidang keselamatan, ekonomi, perdagangan dan pelaburan. - Reuters.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg