Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jul 01, 2021 | 05:30 AM



Muhyiddin masuk hospital kerana cirit-birit



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital di ibu negara pagi semalam bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami cirit-birit sejak kelmarin.



Pejabat Perdana Menteri Malaysia memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan semalam.



"Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri mengalami diarea sejak semalam (kelmarin).



"Sehubungan itu, beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan," katanya kenyataan itu. - BHM




5 negara dibantu mulakan program imunisasi



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi sokongan untuk membantu baki lima negara yang masih belum memulakan kempen imunisasi.



Dalam kalangan 194 negara anggota WHO, hanya Burundi, Eritrea, Haiti, Korea Utara dan Tanzania belum melaksanakan program imunisasi bagi memerangi wabak itu.



"WHO terus memberi sokongan kepada negara berkenaan dalam membuat keputusan berhubung pengenalan vaksin Covid-19," kata seorang jurucakap. - AFP




IMF lulus pinjaman $3.36b untuk Sudan



WASHINGTON: Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam meluluskan pinjaman AS$2.5 bilion ($3.36 bilion) kepada Sudan.



Bank Dunia pula memeterai perjanjian untuk penstrukturan semula hutang hampir AS$50 bilion yang membelenggu negara miskin di benua Afrika itu.



Pengumuman berkenaan menyusul selepas IMF memuktamadkan perjanjian dengan 101 negara penyumbang.



Ia membolehkan Sudan menjelaskan hutang tertunggak kira-kira AS$1.4 bilion kepada pemiutang berpangkalan di Washington itu - yang sebelum ini menjadi kekangan utama untuk menerima bantuan dana baru. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >