Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Aug 16, 2021 | 05:30 AM



Saudi rancang benarkan hingga 120,000 jemaah umrah sehari



KAHERAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah hingga mencecah 120,000 orang sehari, daripada 60,000 orang sekarang.



Setiausaha kementerian itu, Encik Abdulaziz Al Wazan berkata dalam satu wawancara di televisyen terdapat langkah segera untuk meningkatkan kapasiti umrah harian kepada 90,000 jemaah sebelum ia dinaikkan menjadi 120,000 jemaah. Beliau turut memberi jaminan ia akan dilakukan menerusi kerjasama dengan pihak berkepentingan.



Arab Saudi mula menerima permohonan ziarah umrah dari luar negara bagi jemaah yang telah menerima vaksin Covid-19 pada 9 Ogos. Oktober tahun lalu, ia memulakan rancangan bertahap menyambung lawatan umrah setelah penangguhan sekitar tujuh bulan kerana Covid-19 yang melanda dunia.



Encik Al Wazan menjangka permintaan tinggi bagi menunaikan umrah tahun ini. - Agensi berita.




Taleban masuk Kabul, maklumkan akan elak keganasan



KABUL: Kumpulan militan Taleban akhirnya memasuki ibu kota Afghanistan, Kabul, semalam. Perkara itu disahkan Kementerian Dalam Negeri Afghanistan hanya beberapa jam selepas Taleban menguasai bandar utama Jalalabad.



Seorang pemimpin Taleban di Doha, lokasi rundingan damai sejak beberapa tahun lalu, memaklumkan pihaknya mengelak melakukan sebarang keganasan. Sebaliknya, kumpulan itu menawarkan jalan selamat kepada penghuni Kabul dengan mengarahkan mereka meninggalkan ibu kota itu secara aman.



Belum dapat dipastikan apakah pemerintah pimpinan Presiden Ashraf Ghani akan melakukan serangan balas terhadap Taleban. - Agensi berita.




India rancang bangun prasarana $1.8t bagi bantu cipta pekerjaan



NEW DELHI: India akan melancarkan sebuah rancangan prasarana nasional berjumlah 100 trilion rupee ($1.8 trilion) yang akan membantu menjana pekerjaan dan memperluas penggunaan bahan bakar bersih, untuk mencapai matlamat iklim negara itu, kata Perdana Menteri Narendra Modi semalam.



Program infrastruktur yang disebut Gati Shakti itu akan membantu meningkatkan produktiviti industri dan meningkatkan ekonomi, kata Encik Modi ketika berucap pada sambutan Hari Kemerdekaan negara itu di New Delhi.



"Kami akan melancarkan rancangan induk untuk Gati Shakti, sebuah program besar... ia akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi ratusan ribu orang," kata Encik Modi, tanpa mengumumkan perincian.



Meningkatkan prasarana ekonomi ketiga terbesar di Asia itu adalah inti rancangan Encik Modi untuk menarik kembali negara itu daripada kemerosotan ekonomi teruk yang disebabkan pandemik Covid-19.



Pada tahun fiskal terakhir, pengeluaran ekonomi India turun 7.3 peratus dan gelombang kedua jangkitan Covid-19 telah melewatkan pemulihan ekonomi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >