Najib, Muhyiddin turun padang di Melaka
MELAKA: Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di Melaka sedang mereka cuba memikat pengundi menjelang pencalonan bagi pilihan raya negeri pada 8 November.
Datuk Najib dari Umno memulakan lawatannya pada 11 pagi dan melawat pasar malam Klebang yang ikonik kelmarin.
Tan Sri Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, bermula pada 10.45 pagi dengan melawat pusat penjaja di Masjid Tanah dan menamatkan lawatannya pada 10 malam.
"Saya datang berjumpa kawan lama (di Pantai Kundor dan Tanjung Kling) dan tidak dianggap berkempen," katanya selepas melawat jeti nelayan Kampung Hailam.
Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, mengumumkan larangan perhimpunan berkaitan pilihan raya untuk pilihan raya Melaka. - The Star.
Penduduk Jepun keluar mengundi
TOKYO: Para pengundi Jepun pergi mengundi semalam, dengan Perdana Menteri, Encik Fumio Kishida, berharap memenangi pilihan raya itu.
Pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah itu memohon mandat rakyat untuk menyokong dasarnya berhubung Covid-19, ekonomi dan keselamatan.LDP dan sekutunya Komeito menyasarkan untuk mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat. Ia menjadi ujian besar pertama bagi Encik Kishida sejak beliau memegang jawatan sejak 4 Oktober lalu. - Agensi berita.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal kerana komplikasi Covid-19
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, pada 7.05 pagi semalam.
Mendiang yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dimasukkan ke wad Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19. - BHM.


