Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenjara seumur hidup bagi wanita Jerman bunuh 5 anak
BERLIN: Seorang wanita di Jerman dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh lima anak kandungnya, tahun lalu.
Difahamkan, wanita itu tergamak melakukan jenayah tersebut selepas melihat gambar bekas suaminya dengan wanita lain, lapor Daily Mail.
Christiane K, 28 tahun, didakwa membunuh anak perempuannya, Melina, Leonie dan Sophie masing-masing berusia satu, dua dan tiga tahun, manakala anak lelakinya Timo dan Luca berusia enam dan lapan tahun.
Kejadian berlaku September tahun lalu apabila wanita itu melemaskan lima daripada enam anaknya dalam bilik air dan kemudian meletakkan badan mangsa di atas katil.
Anak sulungnya, Marcel, 11 tahun, bagaimanapun terselamat kerana semasa kejadian dia berada di sekolah.
Marcel memberitahu mahkamah, ibunya mengajak dia melompat di landasan kereta api bersama-sama selepas pulang ke rumah. - Agensi berita.
Ardern tolak dakwaan remehkan rekod kemanusiaan China
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, menegaskan hubungan perdagangan yang menguntungkan dengan Beijing tidak menghalang negara itu daripada mengkritik rekod hak asasi manusia China.
Ia berikutan pentadbiran Cik Ardern didakwa memandang remeh rekod kemanusiaan China yang banyak dipersoalkan, dengan ada yang menyifatkan Wellington sebagai 'kelemahan' dalam pakatan keselamatan Five Eyes yang diketuai Amerika Syarikat.
Ardern menegaskan hubungan ekonomi dengan China yang juga rakan dagangan kedua terbesar New Zealand, tidak menutup mulutnya untuk menyuarakan sebarang keprihatinan.
"Adalah amat penting bagi kami untuk mengekalkan integriti dalam cara kami melaksanakan hubungan diplomatik," katanya dalam temu bual bersama AFP, New Zealand Herald, NBC News dan Covering Climate Now. - Agensi berita.
Ujian pil antiviral Covid-19 Pfizer tunjuk berkesan hingga 89%
NEW YORK: Ujian klinikal pil antiviral Covid-19 Pfizer dihentikan lebih awal selepas ubat itu menunjukkan keberkesanan sebanyak 89 peratus daripada kes kemasukan ke hospital atau kes kematian bagi orang dewasa yang berisiko dilanda penyakit yang teruk.
Hasilnya dilihat mengatasi pil molnupiravir yang dikeluarkan Merck, yang ditunjukkan bulan lalu untuk mengurangkan separuh kemungkinan kematian atau kes kemasukan hospital bagi pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi mendapat penyakit serius.
Agensi berita Reuters melaporkan, data percubaan penuh belum disediakan oleh syarikat tersebut.
Dekan Kesihatan Awam di Brown University, Ashish Jha, berkata, hasil percubaan Pfizer menunjukkan kesan yang menakjubkan.
"Implikasi terapeutik yang berkesan untuk menamatkan wabak adalah sangat besar," katanya melalui Twitter. - Reuters.
