Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



22 negeri di Amerika kesan varian Omicron



WASHINGTON: Sekitar 22 negeri di Amerika Syarikat telah mengesan kes varian Omicron, termasuk beberapa kes membabitkan penularan dalam komuniti, menurut laporan terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika, semalam.



Daripada sejumlah 43 kes, satu dimasukkan ke hospital tetapi tidak ada kematian dilaporkan, menurut CDC.



Gejala paling biasa yang dilaporkan bagi varian Omicron adalah batuk, keletihan dan hidung berair.



Siasatan yang dijalankan mendapati jangkitan membabitkan perjalanan antarabangsa dan domestik, majlis awam dan jangkitan dalam kalangan anggota keluarga.



CDC telah mengesyorkan beberapa strategi pencegahan serentak, termasuk vaksinasi, ujian saringan, kuarantin dan pengasingan untuk memperlahankan penularan SARS-CoV-2, termasuk varian Omicron serta bagi mencegah penyakit yang lebih teruk dan kematian.



Kes Covid-19 pertama di Amerika yang dikaitkan dengan varian Omicron dikesan pada 1 Disember. - Agensi berita.




17,885 dapat undi pos bagi PRN Sarawak



KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 17,885 kertas undi pos kepada yang berhak mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.



Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata pengeluaran kertas undi pos diadakan pada 8 hingga 10 Disember 2021 oleh petugas pilihan raya di semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).



Katanya, kesemua 17,885 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 16,728 kategori Borang 1A melibatkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media.



"365 undi pos lagi bagi kategori Borang 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara, 679 kategori Borang 1C iaitu sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan dan 113 pengundi tidak hadir luar negara," katanya dalam kenyataan semalam. - Agensi berita.




15 negara EU setuju terima 40,000 pelarian Afghanistan



BERLIN: Sebanyak 15 negara dalam Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menerima kemasukan 40,000 pelarian Afghanistan untuk penempatan.



Jerman bakal menerima kemasukan pelarian Afghanistan yang paling ramai iaitu seramai 25,000 orang, diikuti Belanda 3,159, Sepanyol dan Perancis 2,500 serta beberapa negara lain dengan jumlah yang lebih rendah.



Pesuruhjaya EU, Cik Ylva Johansson, berkata persetujuan itu merupakan solidariti dalam kalangan semua negara EU.



Beliau juga menyatakan, persetujuan itu secara tidak langsung menjadi penghalang kepada kemasukan pelarian secara haram.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menggesa blok Eropah menerima kira-kira 42,400 pelarian Afghanistan selama lima tahun, namun sebanyak 27 negara menolak gesaan tersebut. - AFP.




55 migran korban nahas treler di Mexico



MEXICO CITY: Jumlah migran Amerika Tengah yang maut dalam nahas treler di Chiapas, Mexico, meningkat kepada 55 orang, kata Gabenor Rutilio Escandon semalam.



Treler membawa lebih 150 pendatang tanpa izin itu terbalik kira-kira 3.30 petang waktu tempatan pada Khamis dalam satu kejadian di lebuh raya yang menghubungkan Tuxtla Gutierrez dengan bandar Chiapa de Corzo.



"Seorang lagi mangsa meninggal dunia hari ini," kata gabenor itu di Twitter, semalam.



Penyelaras Perlindungan Awam Mexico, Cik Laura Velazquez Alzua, yang berada di lokasi kejadian, memberitahu akhbar tempatan bahawa daripada 152 migran, seramai 73 cedera dan 24 lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.



Presiden Mexico, Encik Andres Manuel Lopez Obrador, yang berdukacita dengan kejadian itu, berkata perlu ada usaha menangani punca penghijrahan besar-besaran untuk mengelakkan lebih banyak tragedi serupa berulang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >