Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Sep 11, 2022 | 05:30 AM



Sekurang-kurangnya 11 maut disambar petir di Bangladesh



DHAKA: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera disambar petir di Bangladesh sejak dua hari lalu, menurut laporan, semalam.



Kejadian terbaru dilaporkan berlaku di daerah Khulna yang meragut nyawa dua beradik, manakala sembilan lagi kematian dilaporkan kelmarin di Sirajganj.



Kekerapan kes kematian akibat disambar petir telah mencetuskan kebimbangan, terutama dalam kalangan penduduk.



"Kami bimbang untuk keluar rumah sekiranya hujan atau cuaca ribut sebab takut petir," kata Encik Md Rashedul Islam, yang tinggal di kawasan Mirpur, Dhaka, kepada agensi berita Anadolu.



Malah, beliau berkata, penduduk sebelum ini akan naik ke bumbung ketika hujan untuk mandi dan bermain hujan, namun sekarang aktiviti itu jarang dilihat.



Menurut rekod Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, lebih 3,000 mangsa terkorban akibat disambar petir di Bangladesh sejak 2011. Sekurang-kurangnya 362 dilaporkan maut pada 2021, manakala 31 kematian dicatatkan pada Jun saja.



Data menunjukkan hampir 70 peratus kematian berkenaan direkodkan antara April hingga Jun di negara yang terjejas akibat perubahan iklim ini. - Agensi berita.



AS tawar ganjaran bagi kontraktor pertahanan M’sia yang larikan diri



WASHINGTON: Agensi penguat kuasa undang- undang Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$40,000 ($56,000) untuk maklumat yang dapat membawa kepada penahanan seorang kontraktor pertahanan Malaysia yang melarikan diri sebelum dijatuhkan hukuman berkait kes antara skandal rasuah terbesar dalam sejarah tentera AS.



Leonard Glenn Francis, atau lebih dikenali sebagai ‘Fat Leonard’, melarikan diri pada awal bulan ini selepas memotong alat pengawasan GPS yang dipasang pada bahagian buku lalinya.



Dia dijadual untuk dijatuhkan hukuman pada akhir September ini selepas mengaku bersalah pada 2015 atas peranannya dalam kes rasuah bernilai AS$35 juta yang membabitkan pegawai kanan Tentera Laut AS.



“Ganjaran hingga AS$40,000 (masing-masing AS$20,000) ditawarkan Perkhidmatan Marshals AS dan NCIS (Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut) untuk maklumat yang membantu secara langsung dalam penahanan Francis.



“Francis berdepan hukuman penjara hingga 25 tahun apabila dia memotong alat pengawasan GPS pada bahagian buku lalinya, 4 September lalu dan melarikan diri,” menurut Perkhidmatan Marshals AS dalam satu notis melalui Twitter semalam. - Agensi berita.



M’sia naikkan kadar Elaun Sara Hidup bagi pelajar Majlis Amanah Rakyat



BANGI: Seramai 62,998 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di institusi pendidikan di dalam dan luar negara menerima ‘durian runtuh’ apabila kerajaan Malaysia bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) mereka bermula bulan ini.



Berita baik itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di German Malaysia Institute (GMI) di sini, semalam, lapor Utusan Online.



Datuk Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menaikkan kadar ESH baru bagi pelajar dalam negara bermula minimum RM650 ($202) sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional.



Katanya, bagi pelajar luar negara pula, kadar ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan profesional.



“Kadar elaun sedia ada ini sudah diguna pakai melebihi 13 tahun dan terdapat keperluan untuk semakan semula.



“Berdasarkan laporan World Economic Outlook pada April 2022 oleh Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF), pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun kepada 3.3 peratus pada 2023,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >