Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Oct 09, 2022 | 05:30 AM



AP Ampang Zuraida presiden baru Parti Bangsa M'sia



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, dilantik sebagai presiden baru Parti Bangsa Malaysia (PBM).



Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM semalam.



Setiausaha Agung PBM, Encik Nor Hizwan Ahmad, dalam satu kenyataan semalam, berkata perkara itu adalah satu daripada tujuh usul yang diluluskan sebulat suara pada Persidangan Agung Tahunan (PAT) 2022, lapor Berita Harian Online.



"Mesyuarat Majlis Tertinggi PBM semalam bersidang dan mengesahkan tujuh usul yang diluluskan sebulat suara dalam PAT 2022.



"Antara usul yang diterima sebulat suara adalah untuk melantik Zuraida sebagai Presiden PBM," katanya.



Beliau berkata, Majlis Tertinggi sudah meneliti dan menjalankan proses yang wajar serta bersesuaian dengan garis panduan perlembagaan parti berhubung pelantikan itu.



"Majlis Tertinggi dan seluruh ahli PBM mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan mendoakan Zuraida terus diberi kekuatan bagi meneraju parti untuk terus cemerlang dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.




Pengunjung marah 'dikurung' di Yunnan gara-gara pandemik



YUNNAN (China): China menjadi antara negara yang masih melaksanakan peraturan ketat dalam membendung Covid- 19 berikutan polisi sifar koronavirus yang dilancarkan oleh negara itu.



Namun, polisi tersebut menyebabkan rakyat China semakin tidak 'tidak tahan', malah sering mengkritik pemerintah.



Baru-baru ini, sejumlah pengunjung di sebuah lapangan terbang di Yunnan 'dikurung' di terminal dan dikawal oleh pengawal yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) serta membawa mesingan.



Insiden itu berlaku selepas lapangan terbang itu dikenakan perintah berkurung susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.



Pengunjung dan pelancong yang terlibat kelihatan marah dan tidak berpuas hati dengan situasi tersebut, malah mereka turut menjerit kepada pasukan keselamatan 'adakah anda mahu bunuh kami?'.



Perintah berkurung itu dilaksanakan selepas pihak berkuasa kesihatan Yunnan mengesan sebanyak 61 kes jangkitan Covid-19 baru di wilayah berkenaan pada awal minggu ini. - Agensi berita.




Jabatan sekolah Texas gantung pasukan polis susuli kejadian tembakan



TEXAS (Amerika Syarikat): Jabatan Gabungan Bebas Sekolah Daerah Uvalde, Texas, menggantung seluruh pasukan polis sekolah, sementara menunggu keputusan siasatan susulan kejadian tembakan yang mengorbankan 19 pelajar dan dua guru, pada Mei lalu.



Menurut laman web sekolah berkenaan, semua aktiviti jabatan polis sekolah digantung untuk satu tempoh masa.



Pasukan polis itu terdiri daripada lima pegawai dan seorang pengawal keselamatan.



Dalam kejadian 25 Mei lalu, remaja lelaki, Salvador Ramos, berusia 18 tahun yang bersenjata raifal masuk ke dalam kelas di Sekolah Rendah Robb dan melepaskan tembakan rambang sehingga membunuh 19 kanak-kanak dan dua guru semasa bersembunyi di dalam bilik darjah mereka selama sejam sebelum pasukan taktikal menyerbu masuk dan membunuh suspek.



Pihak jabatan gabungan bebas sekolah itu sedang menunggu hasil siasatan diketuai Persatuan Ketua Polis Texas dan sebuah firma luar mengenai kejadian tembakan di Sekolah Rendah Robb, yang dijangka dikeluarkan akhir bulan ini.



Keputusan menggantung pasukan polis itu berikutan 'perkembangan terkini yang mendedahkan kebimbangan tambahan dengan operasi jabatan'.



Berikutan perkembangan terbaru itu, seorang pegawai, Leftenan Miguel Hernandez, diberikan cuti pentadbiran.



Pengarah Perkhidmatan pelajar, Ken Mueller, juga diletakkan di bawah cuti pentadbiran dan akan bersara. - Reuters.




Laporan koroner Iran nafi wanita mati akibat pukulan ketika ditahan



DUBAI (Amiriah Arab Bersatu): Laporan koroner Iran menafikan Mahsa Amini meninggal dunia akibat pukulan di kepala dan anggota badan ketika berada dalam tahanan Unit Moral Polis Iran.



Sebaliknya, kematian wanita Kurdis berusia 22 tahun itu dikaitkan dengan keadaan kesihatan sedia ada mangsa.



Kematian Amini ketika berada dalam tahanan polis, mencetuskan pergolakan selama tiga minggu di negara itu, sekali gus menandakan cabaran terbesar kepada kepemimpinan Iran dalam tempoh beberapa tahun.



Bapanya memaklumkan bahawa Amini mengalami lebam di kaki dan meminta polis bertanggungjawab atas kematian anaknya.



Bagaimanapun, laporan koroner memaklumkan bahawa kematian "bukan disebabkan pukul di kepala atau anggota badan", namun pada masa sama tidak menyatakan sama ada mangsa mengalami sebarang kecederaan.



Amini ditahan di Tehran pada 13 September lalu kerana berpakaian tidak sesuai, namun meninggal dunia tiga hari kemudian. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >