Topik diikuti
Pergi ke BHkuAncaman jangkitan: Beijing perketat kawalan di Guangzhou
BEIJING: China telah menggantung persekolahan secara fizikal dan kegiatan menjamu selera di kedai di daerah yang terletak di tengah Guangzhou, menimbulkan keprihatinan kemungkinan terdapat gangguan di hab pembuatan China selatan itu yang menempatkan kira-kira 19 juta orang.
Semua sekolah rendah dan pertengahan di daerah Haizhu, di mana kira-kira 10 peratus penduduk keseluruhan bandar itu mendiami, menghentikan pelajaran fizikal mulai Isnin. Guangzhou melaporkan 69 jangkitan baru semalam. Agensi Berita.
New South Wales sekat lawatan panel PBB lawat penjara
SYDNEY (Australia): Perdana Menteri negeri terbesar Australia semalam memberi alasan tentang langkah menyekat panel pencegah penyeksaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) daripada melawat penjara, dengan mengatakan bahawa negeri itu mengekalkan piawaian tinggi di penjaranya dan Australia merupakan negara berdaulat.
Jawatankuasa Kecil bagi Pencegahan Penyeksaan PBB berkata kelmarin bahawa Australia dengan jelasnya melanggar kewajipannya di bawah protokol PBB mengenai penyeksaan setelah New South Wales menyekatnya daripada mengunjungi pusat tahanan di sana.
Perdana Menteri, Encik Dominic Perrottet, berkata negerinya mempunyai piawaian tertinggi dalam menyelia sistem penjaranya. - Reuters.