Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA MALAYSIA - HARI PENAMAAN CALON

Sekilas

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



Tengku Zafrul berdepan saingan 4 penjuru



KUALA SELANGOR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berdepan saingan empat penjuru termasuk daripada penyandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



Datuk Seri Tengku Zafrul, 49 tahun, kali pertama bertanding dalam pilihan raya mewakili Barisan Nasional (BN).



Beliau dicabar penyandang, Datuk Seri Dr Dzulkefly, 66 tahun, yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH).



Bagaimanapun, Encik R Loganathan daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM), yang sebelum ini mengesahkan mahu bertanding di Parlimen itu, tidak hadir menghantar borang pencalonan.



Pengumuman rasmi pencalonan mereka itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Selangor, Cik Rahilah Rahmat, di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini semalam.



Kira-kira 500 penyokong parti yang bertanding berkumpul di pekarangan stadium sejak jam 8 pagi semalam.



Dr Dzulkefly memenangi kerusi itu pada PRU-14 dengan majoriti 8,498 undi, sekali gus merampas semula kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU-12.



Beliau tewas kepada Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN) pada PRU-13. - Agensi berita.




Bekas Menteri Besar Johor tanding di Kota Tinggi



KOTA TINGGI: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sah bertanding di kerusi Parlimen Kota Tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.



Calon Barisan Nasional (BN) itu berada di nombor satu dalam senarai calon selepas disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil.



Parlimen Kota Tinggi menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).



PN meletakkan calon orang muda, Encik Mohamad Ridhwan Rasman, yang juga anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Encik Rasman Ithnain, manakala PH mempertaruhkan Encik Onn Jaafar. - Agensi berita.




Rafizi ditentang 4 calon di Pandan



AMPANG: Kerusi Parlimen Pandan sekali lagi menyaksikan pertempuran sengit apabila lima parti politik akan bersaing merebut kerusi panas itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.



Lebih menarik terdapat tiga nama besar dalam arena politik negara iaitu Timbalan Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli, daripada Pakatan Harapan (PH), Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee, mewakili Barisan Nasional (BN), dan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (WARISAN).



Dua lagi pencabar adalah Encik Muhammad Farique Zubir Albakri, mewakili Perikatan Nasional (PN), dan Cik Nadia Hanafiah daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).



Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pandan, Cik Julaihah Jamaludin pada jam 10.35 pagi selepas mengumumkan semua kertas pencalonan diterima. - Agensi berita.




'Optimus Prime' gamatkan suasana di pusat penamaan calon



BUKIT MERTAJAM: Kehadiran seorang lelaki mengenakan pakaian robot watak Optimus Prime mengujakan orang ramai di pusat penamaan calon, di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam semalam.



Encik Muhammad Syukur Mohd Patthi, 28 tahun, berkata beliau mengambil masa kira-kira sejam memakai kostum seberat 30 kilogram (kg) itu dengan dibantu dua rakannya dan berada di pusat penamaan calon terbabit sejak 8.30 pagi semalam.



"Tujuan saya hadir di sini bertujuan menggamatkan lagi suasana dan kostum yang saya pakai ini juga sebagai simbolik reformasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.



"Hendak kata lemas, tidak juga sebab saya sudah biasa dan kostum ini dibuat dengan kos mencecah RM8,000 menggunakan material Eva Kopolimer yang lebih tahan lasak berbanding plastik," katanya kepada media.



Terdahulu, kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH yang juga penyandang, Cik Nurul Izzah Anwar, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN), Encik Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN) dan Encik Mohd Nasir Othman (Pejuang). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >