Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Nov 8, 2022 | 5:30 AM
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB -

BN tegaskan Ismail Sabri pilihan jadi PM

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan pilihan Barisan Nasional (BN) bagi jawatan Perdana Menteri (PM) jika gabungan itu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia, tegas pemimpin parti gabungan itu.

Mereka berkata pihak pembangkang terus mengutarakan perkara itu walaupun BN telah mengumumkan pendiriannya.

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata adalah jelas bahawa pihak pembangkang telah kehabisan taktik menjelang hari pengundian dan itulah sebabnya pemimpinnya mengelirukan orang ramai tentang pilihan BN bagi perdana menteri.

Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Tan Sri SA Vigneswara, berkata:

"Dalam BN kami sangat jelas - kami telah banyak kali mengatakan bahawa calon PM ialah Datuk Seri Ismail Sabri.

"Amat jelas semua percakapan ini adalah untuk menutup kekurangan dan ketidakcekapan mereka mendapatkan calon perdana menteri yang mempunyai rekod bersih." - The Star.

Nurul Izzah yakin dengan minat pengundi muda

BUKIT MERTAJAM: Cik Nurul Izzah Anwar telah mengubah rasa pesimismnya sebelum ini mengenai Pakatan Harapan (PH) memerlukan dua pilihan raya umum untuk merampas semula Putrajaya.

Katanya, beliau berasa terharu dengan minat yang ditunjukkan pengundi muda semasa lawatannya ke seluruh negara.

"Agak jelas terdapat minat pengundi muda untuk keluar dan menjadikan suara mereka didengari.

"Keyakinan saya terletak pada golongan muda dan saya rasa ini boleh dilakukan," katanya kepada wartawan selepas melancarkan jentera pilihan rayanya di Permatang Pauh, kerusi Parlimen yang dipertahankannya.

Cik Nurul Izzah, 42 tahun, diminta mengulas mengenai "ramalan" yang dibuatnya pada April lalu mengenai PH memerlukan dua pilihan raya untuk mendapatkan semula keyakinan pengundi untuk mengambil semula Putrajaya selepas hilang penguasaan pada Mac 2020. - The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg