Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



Nahas Sriwijaya Air: Indonesia akan terbit laporan akhir



JAKARTA: Penyiasat Indonesia diijadualkan mengeluarkan laporan akhir siasatan terhadap nahas 2021 pesawat Sriwijaya Air minggu ini, yang mengorbankan kesemua 62 penumpang dan kru, menurut seorang pegawai kelmarin.



Nahas Sriwijaya Air adalah nahas pesawat komersial ketiga terbesar di Indonesia dalam tempoh lebih enam tahun dan menyorot rekod keselamatan udara yang lemah di negara itu.



Di bawah piawaian antarabangsa, laporan akhir biasanya akan dikeluarkan dalam tempoh setahun selepas nahas 9 Januari 2021, tetapi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia berkata wabak Covid-19 telah menyukarkan pasukannya melakukan penyiasatan.



Encik Ony Soerjo Wibowo, penyiasat KNKT, memberitahu Reuters laporan akhir akan diterbitkan hari ini.



Pesawat Boeing Co 737-500 berusia 26 tahun itu sedang dalam laluan domestik dari Jakarta ke Pontianak di Borneo, Indonesia, apabila ia mengalami ketidakseimbangan pada enjin, yang akhirnya menyebabkan pesawat itu bergolek dan kemudian terhempas ke Laut Jawa, menurut laporan interim Januari lalu. - Reuters.




Penggodam bocor rekod perubatan Australia di web gelap



SYDNEY:Sekumpulan penggodam semalam mula membocorkan maklumat perubatan sensitif yang dicuri daripada sebuah syarikat insurans kesihatan utama Australia yang enggan membayar wang tebusan yang dituntut kumpulan itu.



Medibank memberitahu pelabur dan pelanggan bahawa "sampel" data daripada 9.7 juta pelanggan telah disiarkan di "forum web gelap".



Nama, tarikh lahir, alamat, nombor pasport dan maklumat mengenai tuntutan perubatan antara data peribadi sensitif yang disiarkan tanpa nama awal semalam.



Medibank berkata lebih banyak kebocoran mungkin berlaku.



"Fail-fail itu nampaknya merupakan sampel data yang kami tentukan sebelum ini diakses oleh penjenayah itu," kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Australia.



"Kami menjangkakan penjenayah itu akan terus mendedahkan fail di web gelap."



Perdana Menteri, Encik Anthony Albanese, berkata kerajaannya bekerjasama dengan penyiasat mengenai penggodaman siber, yang terbaru dalam rentetan pelanggaran data yang telah menggegarkan korporat Australia.



"Ini benar-benar sukar untuk orang ramai. Saya juga pelanggan persendirian Medibank, dan ia akan menjadi kebimbangan bahawa beberapa maklumat ini telah diletakkan di luar sana," kata Encik Albanese semasa taklimat media. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >