Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



Wanita pertama dijangka jadi presiden Slovenia



SLOVENIA: Rakyat Slovenia telah memilih seorang peguam yang ada hubungan dengan mantan wanita pertama Amerika, Cik Melania Trump, sebagai wanita pertama menjadi presiden negara itu, menurut keputusan awal setelah lebih separuh undi dikira.



Cik Natasa Pirc Musar, yang disokong pemerintah sayap kiri-tengah, mengalahkan bekas menteri luar negara itu Anze Logar, seorang ahli politik konservatif mapan, dalam satu pilihan raya presiden di negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah penduduk seramai 2 juta orang.



Cik Pirc Musar, seorang peguam yang mengetuai penguasa perlindungan maklumat Slovenia selama puluhan tahun, menang dengan mendapat 54 peratus undi, mengatasi Encik Logar yang memperoleh hampir 46 peratus undi, dengan lagi 55% undi sedang dikira.



"Kita perlu bersatu untuk membolehkan kita melakukan sesuatu yang baik untuk negara kita yang permai ini," katanya kepada para pemberita di salah sebuah kediaman milik keluarganya di pinggir Ljubljana, dikerumuni oleh para penyokongnya, sebaik saja hasil kiraan undi mula diumumkan.



Pejuang hak asasi manusia itu telah berikrar untuk menjadi "suara kaum wanita" di Slovenia dan di luar negara, dan juga selaku "penguasa moral" dalam peranan barunya itu walaupun jawatan itu lebih berbentuk seremonial. - Agensi berita.




Lelaki Iran jadikan lapangan terbang Paris sebagai 'rumah' selama 18 tahun meninggal



PARIS: Seorang lelaki keturunan Iran yang pernah menjadikan lapangan terbang Paris sebagai "rumahnya" selama 18 tahun, telah meninggal dunia.



Terperangkap dalam limbo diplomatik, Encik Mehran Karimi Nasseri telah menjadikan satu kawasan kecil di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle sebagai tempat beliau berlindung pada tahun 1988.



Pengalaman hidupnya terperangkap dalam situasi itu menjadi inspirasi kepada pembikinan filem The Terminal pada 2004, yang dibintangi Tom Hanks.



Encik Nasseri akhirnya diberi hak untuk tinggal di Perancis, tetapi beliau memilih untuk kembali ke lapangan terbang itu beberapa minggu lalu untuk bekerja, di mana beliau meninggal dunia. Beliau meninggal dunia atas sebab usia tua, kata pegawai lapangan terbang kepada agensi berita AFP.



Dilahirkan pada 1945 di wilayah Khuzestan, Iran, Encik Nasseri pertama kali terbang ke Eropah untuk mencari ibunya. Beliau menghabiskan beberapa tahun tinggal di Belgium, setelah diusir dari negara-negara termasuk United Kingdom, Belanda dan Jerman kerana tidak mempunyai dokumen imigresen yang betul. Beliau kemudian pergi ke Perancis, di mana beliau menjadikan Terminal 2F lapangan terbang sebagai rumahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >