Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



Calon PH meninggal 3 hari sebelum pilihan raya



KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah, Encik M Karupaiya meninggal dunia semalam - tiga hari sebelum Hari Mengundi - akibat serangan jantung.



Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memenangi kerusi Parlimen itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti 8,813 undi, menewaskan calon daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN).



Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Setiausaha Agung PKR yang juga Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kali terakhir kepimpinan PH bertemu mendiang adalah pada 14 November di pentas ceramah di Kulim dan menyifatkan pemergiannya satu kehilangan besar kepada parti.



Menerusi laman Facebook beliau, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan mendiang seorang yang komited kepada amanah sebagai Ahli Parlimen dan mengucapkan takziah buat keluarga mendiang.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menetapkan tarikh baru atau pilihan raya kecil di Parlimen Padang Serai menyusuli pemergian mendiang.



Menurut Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6), SPR boleh menetapkan tarikh baru yang berasingan sekiranya ada calon yang meninggal dunia.




Ismail Sabri jamin tidak campuri agensi undang-undang



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi jaminan bahawa beliau akan terus mendukung prinsip pengasingan kuasa sekiranya diundi semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Naib Presiden Umno itu berkata kerajaannya telah menekankan bahawa tiada campur tangan yang akan berlaku dengan agensi penguatkuasaan undang-undang serta kes mahkamah, walaupun ada anggota partinya yang terbabit.



"Bagi mereka yang terlibat dengan perbicaraan kes rasuah, sekiranya didapati bersalah, mereka harus melalui proses perundangan sendiri tanpa melibatkan parti," ujar Datuk Ismail Sabri.



Akur akan tuduhan jenayah dan rasuah yang dihadapi beberapa pemimpin Umno berjawat tinggi termasuk presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Ismail Sabri berkata mereka tidak boleh mendapatkan bantuan parti dan harus mengikut proses penuh undang-undang.




Anwar beri sokongan kepada calon PH di Batu



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik ramai pengunjung di Batu kelmarin sedang beliau hadir memberi sokongan bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di kerusi Parlimen itu, Encik P Prabakaran, dan berucap kepada lebih 1,000 penyokongnya.



Sementara kehadiran orang ramai di ceramah politik dianggap bukan petanda kukuh untuk menunjukkan tahap sokongan, kehadiran orang ramai di acara PH yang kian bertambah di serata negara telah membangkitkan semula keyakinan mereka sedang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memasuki hari-hari terakhir.



Datuk Anwar mengulangi visi PH bagi Malaysia dan menekankan matlamat utama PH untuk menghapuskan pemimpin yang terlibat dengan rasuah dalam kerajaan sekiranya mereka menang dan berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas 19 November.



Ia ikrar yang sama yang dibuat pada 2018 ketika PH memenangi PRU14 ketika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >