Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Nov 22, 2022 | 5:30 AM
b2466ebb-152c-4189-a910-89cbf48ab079
-

Polis sedia jaga keamanan awam sehingga kerajaan dibentuk

KUALA LUMPUR: Polis telah bersiap sedia untuk menjaga keamanan awam dalam tempoh pascapilihan raya ke-15 (PRU15) ini sehingga kerajaan baru dibentuk.

Menekankan demikian dalam satu kenyataan semalam, Inspektor Jeneral Polis, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, memberi amaran kepada sesiapa yang mahu mencetuskan gangguan kepada ketenteraman dan keselamatan awam.

"Semua pasukan telah dikerah untuk memastikan keamanan awam dipelihara," katanya, sambil menambah pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati cuba menyebabkan gangguan atau ancaman kepada keselamatan negara.

Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani menambah bahawa proses pilihan raya telah berjalan lancar pada Sabtu lalu. - Agensi berita.

Kedah tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri

ALOR SETAR: Kedah akan kekal dengan pendiriannya untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Mac tahun depan meskipun dengan persembahan memberangsangkan Perikatan Nasional (PN) yang memenangi 13 kerusi parlimen di negeri itu dalam pilihan raya umum ke-15.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri Kedah hanya akan dilakukan selepas Mac 2023.

"Kami tidak mahu mengadakan pilihan raya sekarang kerana musim banjir dijangka antara November dan Mac ini.

"Jadi selepas Mac, pembubaran dewan undangan boleh dilakukan bila-bila masa. Jika tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, ia akan dibubarkan secara sendirinya pada Julai tahun depan," ujar beliau.

Datuk Seri Sanusi menambah, selain banjir, pihak kerajaan negeri juga perlu mengambil kira lain-lain faktor.

"...selepas musim banjir berakhir Mac, kita akan mula berpuasa kemudian menyambut Aidilfitri dan Aidiladha. Jadi, saya juga perlu mengadakan perbincangan dengan Kelantan dan Terengganu terlebih dahulu, untuk mengadakannya bersama-sama bagi impak maksimum," kata beliau lagi. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg