Risiko cuaca kering, kebakaran hutan meningkat di Indonesia
JAKARTA: Indonesia akan menghadapi cuaca paling kering sejak 2019 pada tahun ini, menurut ramalan agensi cuaca negara it.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) memberi amaran bahawa hujan yang berkurangan boleh meningkatkan risiko kebakaran hutan, manakala trend tiga tahun lalu juga mencadangkan peningkatan risiko gempa bumi dan tsunami.
"Mulai Mei hingga April 2023, ia akan semakin kering berbanding tiga tahun lalu, jadi risiko kebakaran hutan meningkat," kata Pengarah BMKG, Cik Dwikorita Karnawati kepada pemberita. - Reuters.
Perusahaan automotif di M'sia meningkat: Laporan BHM
KUALA LUMPUR:Malaysia terus menjadi destinasi pilihan bagi pengeluar automotif sejagat dengan beberapa jenama terkemuka termasuk Honda, Toyota, Nissan, Mercedes-Benz, BMW dan Porsche menubuhkan operasinya di negara ini bagi memanfaatkan permintaan pasaran yang semakin berkembang.
Untuk rekod, Malaysia adalah pasaran automotif ketiga terbesar di Asean.
Ketika ini, terdapat lebih 28 kilang pembuatan dan pemasangan di Malaysia yang mengeluarkan kenderaan bermotor seperti kereta penumpang, kenderaan komersial, motosikal, serta skuter dan menjadi kumpulan besar alat ganti dan komponen automotif. - BHM.
Wartawan terkenal Barbara Walters meninggal dunia
WASHINGTON: Seorang wartawan televisyen terkemuka Amerika Syarikat, Barbara Walters, meninggal dunia kelmarin.
Mendiang berusia 93 tahun. Karyawan terkenal itu menyertai ABC News pada 1976 dan adalah penyiar berita serta penyampai dan wartawan mapan disegani.
"Barbara adalah legenda sejati, perintis bukan sahaja untuk wanita dalam kewartawanan, malah kewartawanan itu sendiri," kata Encik Bob Iger, Ketua Pegawai Eksekutif, The Walt Disney Company, dalam satu kenyataan." - AFP.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg