Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 08, 2023 | 05:30 AM



Sunak bertemu pemimpin kesihatan UK



LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Encik Rishi Sunak, bertemu pimpinan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) negara itu, ketika negara itu berdepan musim sejuk yang sukar berikutan jangkitan influenza dan Covid-19.



Negara itu juga sedang berdepan tindakan mogok petugas barisan hadapan kesihatan yang menuntut kenaikan gaji susulan peningkatan inflasi.



Ketika ini, fasiliti kesihatan UK berdepan situasi membimbangkan apabila ambulans terpaksa beratur panjang di luar hospital kerana menunggu lama untuk menghantar pesakit ke wad kecemasan kerana doktor dan jururawat bergelut merawat pesakit akibat kekurangan kakitangan. - Reuters.




AS tambah bantuan senjata, lain bernilai lebih $5b ke Ukraine



WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menghantar senjata ketenteraan dan bantuan lain bernilai AS$3.75 bilion ($5.01 bilion) ke Ukraine dan negara jirannya, kata Rumah Putih.



Bantuan terbaru itu turut merangkumi kenderaan tempur berperisai Bradley yang kali pertama disumbangkan ke Ukraine, untuk digunakan bagi mengangkut tentera ke zon perang.



Kenderaan berperisai itu turut dikenali sebagai 'pembunuh kereta kebal' kerana berupaya melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal.



"Perang ini berada di titik kritikal dan kita perlu lakukan segala yang termampu untuk membantu Ukraine menentang pencerobohan Russia," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre. - Agensi berita.




Lelaki Pakistan timang anak ke-60, mahu ramai lagi



ISLAMABAD: Seorang lelaki berusia 52 tahun di Pakistan kembali menjadi perhatian dunia kerana keterujaannya menimang cahaya mata ke-60 baru-baru ini malah berazam mahu mempunyai lebih ramai lagi anak bersama isteri-isterinya.



Encik Sardar Jan Mohammad Khan Khilji yang tinggal di Quetta begitu gembira menyambut kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Khushal, lapor Oddity Central.



Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Encik Sardar Jan yang sudah mempunyai tiga isteri mengakui mahu terus menambah zuriat dan berhasrat untuk berkahwin lagi.



"Saya meminta semua rakan-rakan saya membantu saya mencari seorang gadis bagi perkahwinan keempat saya," katanya kepada BBC, sambil menambah, dia mahu mempunyai lebih ramai anak lelaki dan perempuan dengan setiap isterinya. - Agensi berita.




Ramai bayi di Indonesia mati akibat kurang pakar kardiologi



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 7,000 bayi di Indonesia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit jantung kongenital yang berpunca daripada kekurangan pakar kardiologi dan kekangan kapasiti untuk pembedahan jantung.



Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin, berkata lebih 48,000 bayi dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital setiap tahun manakala 25 peratus atau sekitar 12,500 bayi berada dalam keadaan kritikal.



"Terdapat sekitar 4.8 juta bayi yang dilahirkan di Indonesia setahun. Saya mendengar daripada pakar kanak-kanak bahawa satu daripada 100 kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai penyakit jantung kongenital.



"Selain kekurangan doktor pakar jantung, hospital pula hanya satu daripada 100 kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai penyakit jantung kongenital. mampu melaksanakan sekitar 5,000 pembedahan, apatah lagi perlu menunggu lama untuk perkhidmatan tersebut," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >