Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Jan 19, 2023 | 5:30 AM
3f7a8631-0d71-443f-ba55-7d91f6eaf56a
-

Gempa landa beberapa wilayah di Indonesia

JAKARTA: Satu siri gempa bumi melanda Indonesia semalam, lapor agensi pemantauan geologi Amerika Syarikat.

Satu gempa bumi lepas pantai berukuran 7.1 pada skala Richter meletus berdekatan kepulauan Maluku, pada kedalaman 64 kilometer (km) di perairan tidak jauh dari bandar Manado di Sulawesi Utara.

Satu gempa bumi melanda berukuran 6 pula melanda Sulawesi, pada kedalaman 145km.

Isnin lalu, satu gempa bumi berukuran 6.2 melanda perairan di kepulauan Sumatra. - Agensi berita.

Britain tawar kereta kebal kepada Kyiv

WASHINGTON: Britain berkata kelmarin keputusannya membekalkan kereta kebal kepada Ukraine bagi memerangi Russia adalah "keperluan moral", kerana Amerika Syarikat berkata lebih banyak bantuan ketenteraan akan disalurkan.

Setiausaha Luar Britain, Encik James Cleverly, dalam lawatan ke Washington berkata Britain menghantar isyarat kepada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, bahawa ia menyokong Ukraine dan menjadi negara pertama yang bersetuju dengan permintaan Kyiv untuk membekalkan kereta kebal Barat.

"Apa yang Putin harus faham ialah kita akan mempunyai ketahanan strategik untuk terus bersama mereka sehingga tugas itu selesai.

"Perkara terbaik yang boleh dia lakukan untuk memelihara nyawa tenteranya sendiri ialah menyedari bahawa kita akan tetap bersama Ukraine sehingga mereka menang," katanya di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa. - AFP.

India mungkin negara paling ramai penduduk di dunia

NEW DELHI: India mungkin telah mendahului China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia yang dilihat akan menyegerakan langkah-langkah Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan memastikan negara itu mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang baik berbanding negara-negara lain di dunia.

India kini mencatatkan 1.417 bilion penduduk pada akhir 2022, menurut anggaran daripada Kajian Populasi Dunia, sebuah organisasi bebas yang memfokuskan pada banci dan demografi.

Ia mencatat peningkatan tipis - lebih 5 juta - berbanding 1.412 bilion yang dilaporkan China kelmarin apabila pihak berkuasa negara itu mengumumkan penurunan jumlah penduduknya buat pertama kali sejak 1960-an. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg