Premium
Sekolah di LA tersilap nama pelajar sebagai 'ISIS'
May 11, 2016 | 5:30 AM
CIK BAYAN ZEHLIF: Berasa sedih, jijik, disakiti dan malu kerana namanya dikaitkan dengan ISIS. - Foto TWITTER.COM. -
LOS ANGELES: Sebuah sekolah di California telah menarik balik buku tahunannya selepas tersilap mengenal pasti seorang pelajar Muslim sebagai 'ISIS', singkatan bagi kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria.
Pegawai Sekolah Tinggi Los Osos di Rancho Cucamonga menyedari kesilapan itu selepas pelajar tersebut, Cik Bayan Zehlif, memuat naik gambar buku tahunan itu di laman Facebook peribadinya, yang menunjukkan beliau tersenyum dengan memakai hijab.

