Premium
Sektor pelancongan sejagat rugi $625b
Kerugian pendapatan antara Jan - Jun lalu adalah lima kali ganda kerugian direkod pada 2009 ketika krisis kewangan dan ekonomi global
Sep 17, 2020 | 5:30 AM
-
MADRID: Krisis Covid-19 telah mengakibatkan sektor pelancongan sejagat kerugian pendapatan hingga AS$460 bilion ($625 bilion) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan bilangan merosot penduduk dunia yang melakukan perjalanan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jumlah kerugian pendapatan antara Januari dengan Jun lalu itu adalah "kira-kira lima kali ganda kerugian yang direkodkan pelancongan antarabangsa pada 2009 ketika krisis kewangan dan ekonomi global", ujar Pertubuhan Pelancongan Sedunia yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol.

