Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurang 1 maut, bangunan runtuh ekoran gempa bumi Jepun

May 06, 2023 | 10:19 AM



TOKYO: Gempa bumi kuat melanda tengah Jepun semalam menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 21 cedera, manakala beberapa bangunan runtuh.



Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud itu melanda wilayah tengah Ishikawa pada tengah hari pada kedalaman 12 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun.



Pegawai cuaca memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan gempa susulan dan tanah runtuh, namun tiada risiko tsunami.



"Terdapat gegaran besar dan panjang yang berlangsung kira-kira dua minit. Saya berasa takut kerana gegaran itu berterusan," seorang pegawai kerajaan tempatan di bandar Suzu, yang enggan dikenali memberitahu penyiar awam NHK.



Jurucakap kerajaan Hirokazu Matsuno memberitahu pemberita di ibu negara bahawa seorang dilaporkan mati dan terdapat banyak laporan bangunan runtuh.



Mangsa terjatuh dari tangga, seorang pegawai pengurusan krisis di Suzu memberitahu AFP, sambil menambah 21 orang lain cedera.



Agensi pengurusan kebakaran dan bencana tempatan berkata sekurang-kurangnya tiga bangunan musnah dengan dua terperangkap di dalamnya.



Seorang mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan dan dihantar ke hospital dan penyelamat sedang mencari yang lain.



Rakaman NHK menunjukkan rumah kayu tradisional musnah atau senget dengan tingkap pecah dan bumbung rosak.



Lebih banyak gempa melanda wilayah itu pada lewat hari, termasuk satu dengan magnitud 5.8 pada sekitar 10 malam.



Di tempat lain gempa bumi berkekuatan 5.5 melanda di pantai Prefektur Aomori pada awal pagi Sabtu, lapor Agensi Meteorologi Jepun.



Jumaat adalah cuti umum di Jepun, sebahagian daripada tempoh cuti yang dikenali sebagai "Minggu Emas", masa di mana ramai melancong atau melawat keluarga.



Perkhidmatan kereta api laju Shinkansen digantung antara bandar Nagano dan Kanazawa, destinasi pelancongan popular, tetapi disambung semula kurang dua jam kemudian, menurut Japan Railway.



Gempa itu mencatatkan enam teratas pada skala seismik Shindo Jepun, yang meningkat kepada maksimum tujuh.



Tinjauan Geologi AS meletakkan magnitud pada 6.2 dan berkata ia melanda hanya di luar pantai, tetapi Agensi Meteorologi Jepun meletakkan pusat gempa di darat.



Menteri Pencegahan Bencana Jepun, Encik Koichi Tani berkata terdapat laporan mengenai banyak tanah runtuh dan beberapa penduduk tempatan berlindung di pusat pemindahan. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >