Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurang 18 maut apabila bot bawa pendatang Indonesia karam dekat Batam

Nov 02, 2016 | 03:15 PM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 18 orang mati apabila sebuah bot laju yang membawa 93 pekerja Indonesia pulang dari Johor Bahru karam di luar pantai Batam pada pagi Rabu (2 Nov).

Laporan mengenai jumlah mangsa yang terbunuh bercanggah.

The Jakarta Post dalam laporannya yang memetik data dari pos kesihatan di Tanjung Bemban di Batam berkata 21 orang terbunuh. Ia berkata 38 penumpang terselamat manakala baki 34 hilang.

Namun laporan AFP memetik ketua polis tempatan Sam Budi Gusdian berkata 18 orang ditemui mati, manakala 39 diselamatkan dari laut. Menurut laporan itu, nasib 36 penumpang yang masih hilang belum diketahui.

Ketua polis itu berkata polis mengesyaki bot tersebut penuh sesak apabila ia menghadapi laut bergelora dan terbalik. Polis sedang menyiasat orang bertanggungjawab bagi kemalangan tersebut, sambil menambah perjalanan itu disyaki dijalankan secara haram.

Seorang penumpang terselamat, Haryanto, 51 tahun, berkata kepada The Jakarta Post bot itu meninggalkan Selingi di Johor Bahru pada 3 pagi dan menghala ke Batam.

"Selepas dua jam pelayaran, bot itu dilanda ombak kuat dan hujan lebat," katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat telah dikerah untuk mencari mangsa lain yang mungkin terselamat. - The Jakarta Post / Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >