Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekurang-kurangnya 14 maut dalam gempa di Peru, Equador

Mar 19, 2023 | 4:25 PM
GEGARAN KUAT: Ini antara bangunan kediaman yang musnah apabila gempa melanda bandar Machala, Ecuador, pada Sabtu.
GEGARAN KUAT: Ini antara bangunan kediaman yang musnah apabila gempa melanda bandar Machala, Ecuador, pada Sabtu. - - Foto AFP

QUITO (Ecuador): Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, seorang cedera dan banyak bangunan rosak dalam gempa bumi kuat yang menggegarkan Peru dan Ecuador pada Sabtu. Berukuran 6.7 pada skala Richter, gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira 12.12 tengah hari waktu tempatan dan sedalam lebih 65 kilometer. Presiden Ecuador, Encik Guillermo Lasso, berkata pihaknya masih meninjau kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi itu. "Saya berdiri bersama rakyat dan komited untuk menggerakkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa bencana ini," katanya menerusi ciapan Twitter. Encik Lasso juga menggesa orang ramai agar kekal tenang dan mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi mengenai kerosakan bangunan dalam mesej di Twitter. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg