Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 14 orang awam maut dalam operasi tentera di wilayah India

Dec 06, 2021 | 05:30 AM



GUWAHATI (India): Sekurang-kurangnya 14 orang awam dan seorang anggota keselamatan secara tersilap telah terbunuh apabila tentera India melepaskan tembakan secara rambang di wilayah terpencil di kawasan timur laut Nagaland, dedah pegawai pemerintah India dan tentera semalam.



Menteri Dalam Negeri India, Encik Amit Shah, berkata beliau "amat sedih" dengan berita orang awam terbunuh dalam insiden itu.



Ketua Menteri Nagaland, Encik Neiphiu Rio, memberitahu Reuters satu siasatan sedang dijalankan dan mereka yang bersalah akan dihukum berkaitan insiden itu, yang disifatkannya sebagai kegagalan perisikan.



Sekurang-kurangnya sedozen orang awam dan beberapa anggota pasukan keselamatan cedera dalam serangan itu, kata seorang pegawai Kementerian Pertahanan di New Delhi.



Penduduk tempatan di wilayah Nagaland sering menuduh tentera secara salah menyasarkan penduduk tempatan yang tidak bersalah dalam operasi mereka ke atas kumpulan pemberontak.



Tragedi di Nagaland itu berlaku di dalam dan sekitar kampung Oting di daerah Mon, bersempadan dengan Myanmar, semasa operasi menentang pemberontakan yang dijalankan oleh anggota Assam Rifles, sebahagian penempatan pasukan keselamatan India di wilayah itu, kata seorang pegawai kanan polis yang berpangkalan di Nagaland.



Tembakan bermula apabila sebuah trak yang membawa 30 lebih pekerja lombong arang batu sedang melalui kawasan kem Assam Rifles.



"Pasukan askar itu dikatakan mempunyai maklumat risikan tentang beberapa pergerakan militan di kawasan itu dan apabila melihat trak itu, mereka menyangka pelombong itu sebagai pemberontak dan melepaskan tembakan, membunuh enam pekerja," ujar pegawai kanan polis itu kepada Reuters, meminta namanya dirahsiakan kerana beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan wartawan.



"Selepas berita tembakan itu tersebar di kampung, ratusan orang daripada satu suku mengepung kem tersebut. Mereka membakar kenderaan Assam Rifles dan bertempur dengan anggota tentera menggunakan senjata ringan," katanya.



Anggota Assam Rifles bertindak balas, dan dalam serangan kedua lapan lagi orang awam dan seorang anggota keselamatan adalah antara yang terbunuh, kata pegawai itu.



Dalam beberapa tahun lalu, India telah cuba mendesak Myanmar untuk mengusir pemberontak daripada pangkalan di dalam hutan tebal di negara itu, yang bersempadankan dengan Nagaland, Manipur dan Arunachal Pradesh. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >