Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 115,000 pekerja jagaan kesihatan terkorban kerana Covid-19: Ketua WHO

May 24, 2021 | 10:38 PM



GENEVA: SEKURANG-KURANGNYA 115,000 pekerja jagaan kesihatan meninggal dunia kerana Covid-19 sejak awal pandemik ini bermula, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin (24 Mei) sambil menggesa agar program vaksinasi dipertingkatkan di semua negara.



Mendedahkan demikian di perhimpunan tahunan utama WHO, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengiktiraf sumbangan pekerja jagaan kesihatan di merata dunia dalam menentang pandemik.



"Bagi hampir 18 bulan, pekerja jagaan kesihatan merata dunia berada di ambang hidup dan mati," katanya.



"Mereka menyelamatkan nyawa tidak terkira banyaknya dan berjuang bagi orang lain, yang kadangkala terkorban nyawanya juga meskipun pekerja ini telah memberikan usaha yang terbaik.



"Kebanyakan daripada mereka kemudian dijangkiti walaupun ia kurang dilaporkan dengan kami menganggarkan jumlahnya sekurang-kurangnya 115,000 pekerja jagaan kesihatan terkorban nyawa dalam berkhidmat kepada orang lain," jelasnya.



Beliau menambah ramai pekerja jagaan kesihatan ini sejak awal krisis lagi berasa bingit, tidak berdaya dan tidak dilindungi dengan kekurangan akses peralatan perlindungan peribadi dan vaksin.



Mereka tidak keseorangan, ujarnya.



Beliau menganggap ketidakseimbangan menyeluruh dalam akses pada vaksin ini sebagai perkara yang melampau, amaran bahawa ia lebih memburukkan situasi pandemik.



Lebih 75 peratus vaksin Covid-19 telah diedarkan ke hanya 10 negara.



"Jumlah dos yang ditadbir secara global sejauh ini mungkin mencukupi bagi semua pekerja kesihatan dan warga senja jika ia diedarkan secara saksama.



"Tiada cara diplomatik untuk mengatakan kumpulan kecil negara yang menghasilkan dan membeli kebanyakan daripada vaksin dunia mengawal nasib negara lain di dunia," kata Dr Tedros.



Beliau menggesa negara yang mempunyai stok vaksin yang banyak agar berkongsi dengan lebih kerjasama akan dapat mempertingkat pengeluaran dan edaran suntikan vaksin ini.



WHO dan beberapa pihak lain telah menghasilkan program perkongsian vaksin sejagat, Covax, tetapi ia masih kurang dibiaya dan mengalami kekurangan bekalan vaksin yang ketara lantas melambatkan usaha membereskan suntikan di negara kurang berkemampuan.



"Kami telah membekalkan setiap daripada 72 juta dos suntikan yang kami miliki sejauh ini buat 125 negara dan ekonomi," kata Dr Tedros.



Namun, beliau mengeluh bahawa dos itu hanya cukup bagi meliputi 1 peratus jumlah keseluruhan penduduk dalam negara berkenaan. Dr Tedros lantaran itu menekankan keperluan menghurai ketidakseimbangan itu.



"Hari ini, saya menyeru kepada negara anggota agar menyokong usaha memacu proses vaksinasi bagi sekurang-kurangnya 10 peratus penduduk di setiap negara menjelang September," katanya, meminta agar kadarnya dapat diperluas kepada 30 peratus penduduk menjelang hujung tahun ini. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >