SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sekurang-kurangnya 17 mati dalam nahas pesawat di selatan Filipina

Sekurang-kurangnya 17 mati dalam nahas pesawat di selatan Filipina

Jul 4, 2021 | 4:41 PM

Sekurang-kurangnya 17 mati dalam nahas pesawat di selatan Filipina

Gambar di tempat kejadian apabila pesawat Pasukan Udara Filipina terhempas sekitar 11.30 pagi sedang ia cuba mendarat di bandar Patikul di Sulu.
Gambar di tempat kejadian apabila pesawat Pasukan Udara Filipina terhempas sekitar 11.30 pagi sedang ia cuba mendarat di bandar Patikul di Sulu. - Reuters

Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban selepas sebuah pesawat pengangkutan tentera terhempas di wilayah Sulu, di selatan Filipina, iaitu kubu kuat kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Jeneral Cirilito Sobejana, ketua tentera berkata pesawat Tentera Udara Filipina itu yang membawa ramai askar dikerahkan untuk melawan kumpulan pelampau di selatan Filipina, terhempas sekitar 11.30 pagi sedang ia cuba mendarat di bandar Patikul di Sulu.

Pesawat itu datang dari Cagayan de Oro, selepas ia mengambil askar yang baru sahaja selesai kursus latihan.

Menurut Jeneral Sobejana, pesawat itu telah terlepas mendarat di landasan kapal terbang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg