Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 2 orang awam terbunuh berhampiran masjid Kabul

Oct 03, 2021 | 09:09 PM



KABUL: Satu letupan di luar masjid di ibu negara Afghanistan telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang pada Ahad (3 Oktober), kata pegawai kanan Taliban.



Letupan itu berlaku berhampiran pintu masuk Masjid Eid Gah di Kabul, tambah jurucakap, Zabihullah Mujahid di Twitter, sambil menambah sebilangan orang awam meninggal dunia. 



Jurucakap kementerian ehwal dalam negeri, Encik Qari Syed Khosti berkata: "Maklumat awal kami menunjukkan dua orang awam terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian itu."



Satu upacara solat bagi ibu Encik Mujahid yang meninggal dunia minggu lalu sedang dijalankan di masjid itu pada Ahad petang, kata jurucakap berkenaan di media sosial pada Sabtu sambil menambah semua jemaah dan sahabat-handai diundang bagi sesi tersebut.



Ahmadullah, seorang pemilik kedai berhampiran masjid, berkata: "Saya terdengar bunyi letupan berhampiran Masjid Eid Gah, disusuli dengan bunyi tembakan senapang.



"Berdepan dengan kawasan di mana letupan itu berlaku, pihak Taliban telah menghadang jalan bagi mengadakan upacara solat bagi ibu Zabihullah Mujahid di Masjid Eid Gah itu."



Wartawan AFP di dua lokasi ibu negara Afghanistan ini turut mendengar bunyi letupan dan tembakan berkenaan. Ambulans yang membawa individu yang cedera dilihat bergegas ke arah Hospital Kecemasan Kabul di kawasan Shahr-eNaw.



Pihak hospital pula memuatnaikkan ciapan Twitter yang mengesahkan empat pesakit dirawat. Kakitangan perubatan menanti di luar, jelas wartawan AFP, manakala beberapa orang tiba di situ dengan pakaian berlumuran darah. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >