Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TANAH RUNTUH DEKAT GENTING:

Sekurang-kurangnya 21 maut, belasan masih hilang

Tapak perkhemahan beroperasi tanpa lesen sah
Dec 17, 2022 | 05:30 AM



BATANG KALI (Malaysia): Operasi mencari dan menyelamat 12 mangsa yang masih tertimbus akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan dekat Genting Highlands akan diteruskan 24 jam sedang sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam kejadian itu.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih tertimbus akan diteruskan selama 24 jam.



Namun misi menyelamat di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali, di Gohtong Jaya, itu akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.



Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tiba di lokasi runtuhan cerun dekat tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali sekitar 6.45 petang semalam berkata terdapat 94 orang mangsa di tapak perkhemahan.



Sekitar 80 daripada 94 mangsa itu merupakan pengunjung manakala 14 orang merupakan pekerja Father's Organic Farm.



"Saya dimaklumkan keseluruhan mangsa 94 orang. Yang meninggal dunia 21 orang dan yang belum ditemui 12 orang.



"Jadi kerja untuk mencari 12 mangsa yang belum ditemui. Kita berdoa mudah-mudahan ada yang terselamat," katanya selepas meninjau lokasi kejadian bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.



Tapak perkhemahan itu terletak kira-kira 15 kilometer dari Genting Highlands, sebuah kawasan pelancongan popular, termasuk dalam kalangan warga Singapura.



Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata terdapat 450,000 meter padu tanah yang melanda tapak perkhemahan berkenaan berdasarkan data, lapor Sinar Harian.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau terkejut mendengar berita itu.



"Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan," ujarnya.



Datuk Anwar serta beberapa menteri turut melawat tempat kejadian.



Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban akibat kejadian tanah runtuh itu.



"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas tragedi yang berlaku awal pagi hari ini dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini," menurut kenyataan di laman Facebook Istana Negara.



Tambahnya, mereka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.



Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala yang tercedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang.



"Kami sebenarnya mendapat laporan bahawa kami menerima maklumat yang pertama pada 2.29 pagi, jadi kami terus bertindak dengan pantas dan menghantar pegawai-pegawai kami.



"Kami juga membuat koordinasi dengan hospital lain, khususnya di klinik-klinik berdekatan dengan kejadian untuk memastikan keadaan bencana itu diambil perhatian dan juga tindakan yang tepat," ujarnya. - Agensi berita.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >