Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekurang-kurangnya 22 maut akibat banjir dan tanah runtuh di Indonesia

Oct 13, 2018 | 7:15 PM
ANGKARA HUJAN LEBAT: Banjir dan tanah runtuh dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Sumatera akibat hujan lebat sejak Rabu lalu.
ANGKARA HUJAN LEBAT: Banjir dan tanah runtuh dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Sumatera akibat hujan lebat sejak Rabu lalu. - AFP/AGUS SALIM

MANDAILING NATAL, Indonesia: Sekurang-kurangnya 22 orang meninggal dunia dan ramai lagi hilang selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di barat Indonesia, kata seorang pegawai hari ini (13 Oktober).

Hujan lebat sejak Rabu lalu telah mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sumatera.

Sekurang-kurangnya 17 orang disahkan meninggal dunia dalam masa tiga hari lalu di wilayah Sumatera Utara, sementara lima lagi terkorban di Sumatera Barat, kata pihak berkuasa.

"11 pelajar sekolah Islam berasrama di kampung Muara Saladi, daerah Mandailing Natal, Sumatera Utara meninggal dunia petang Jumaat semasa kelas apabila mereka tertimpa bangunan sekolah yang rosak akibat banjir kilat," kata jurucakap agensi bencana nasional Sutopo Purwo Nugroho.

Puluhan rumah juga musnah.

"Agensi bencana dan mencari dan menyelamat telah ke daerah terjejas namun terhalang oleh tanah runtuh di beberapa kawasan," kata ketua agensi bencana Sumatera Utara Riadil Lunis kepada AFP. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg