Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Sekurang-kurangnya 24 maut akibat tanah runtuh, banjir di Korea Selatan

Jul 15, 2023 | 04:50 PM



SEOUL: Sekurang-kurangnya 24 orang maut, tiga hilang, tujuh cedera dan beribu-ribu dipindahkan di Korea Selatan pada Sabtu, kata pegawai, sedang hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan limpahan empangan.


Hingga 11 pagi (10 pagi waktu Singapura), seramai 1,567 orang telah dipindahkan di seluruh negara, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan, dan jumlah itu mungkin meningkat apabila air melimpahi empangan di wilayah Chungcheong Utara.

Lebih daripada 10,500 pegawai polis telah diletakkan dalam tugas trafik dan meningkatkan rondaan.

Arahan pemindahan kerajaan tempatan meliputi lebih 7,000 orang pada pelbagai masa, menurut pihak berkuasa wilayah.

Hingga 9 pagi, lebih 2,700 tan air setiap saat mengalir ke Empangan Goesan, jumlah maksimum air yang boleh dikeluarkannya.

Sekurang-kurangnya 4,000 isi rumah telah terputus bekalan elektrik dan jalan-jalan utama ditutup ketika bandar itu bergelut dengan serangan cuaca buruk.

Hujan lebat bermula pada Ahad, dengan seramai 135 orang terpaksa berpindah di seluruh negara pada 6 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Singapura), menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan. Penduduk bawah tanah Seoul di rumah separa bawah tanah, yang dikenali sebagai “banjiha”, turut dipindahkan.

Korea Railroad Corp (Korail) berkata ia menghentikan operasi semua kereta api perlahan dan beberapa kereta api laju, manakala kereta api laju lain mungkin ditangguhkan kerana operasi yang lebih perlahan, sedang tanah runtuh, landasan banjir dan batu jatuh mengancam keselamatan.

Sebuah kereta api perlahan tergelincir lewat pada Jumaat apabila tanah runtuh menimpa tanah dan pasir di atas landasan di wilayah Chungcheong Utara, kata kementerian pengangkutan.

Juruteranya cedera, tetapi tiada penumpang di dalamnya.

Dalam pertemuan dengan agensi pemerintah pada hari Sabtu, Perdana Menteri Han Duck-soo menyeru agar tentera menyertai aktiviti menyelamat secara aktif dengan bekerjasama dengan pegawai pemerintah untuk menggerakkan peralatan dan tenaga kerja.

Korea Utara juga telah mengalami hujan lebat dan mungkin membuka pintu air di empangan di sungai yang mengalir merentasi sempadan antara kedua-dua Korea, kata Perdana Menteri Han sebelum ini.

“Hujan lebat dijangka berlaku di wilayah Hwanghae dan kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan Korea Utara mengeluarkan air dari Empangan Hwanggangnya,” katanya merujuk kepada wilayah tengah Utara.

Pengeluaran air sedemikian, selalunya tanpa notis oleh Pyongyang, telah menyebabkan lonjakan air secara tiba-tiba di sungai yang pada tahun-tahun sebelumnya menyebabkan banjir dan mengakibatkan kematian di Selatan.

Kementerian Penyatuan, yang mengendalikan hubungan dengan Utara, berkata pada hari Jumaat ia sekali lagi menghantar mesej pada Jun meminta notis sekiranya berlaku pengeluaran air tetapi tidak menerima maklum balas. – AFP, REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >