Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 9 orang terbunuh, 57 cedera dalam serangan udara Russia ke atas pangkalan tentera Ukraine

Mar 13, 2022 | 08:53 PM



LVIV, UKRAINE: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 57 yang lain cedera di dalam satu serangan udara Russia di pangkalan udara Ukraine berhampiran sempadan dengan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Poland, pada Ahad (13 Mac), jelas pihak berkuasa Ukraine.



Kelihatannya ia merupakan serangan perang dari bahagian paling barat.



Jurulatih tentera asing telah bertugas sebelum ini di Pusat Antarabangsa Yavoriv bagi Pengaman dan Keselamatan. Tidak jelas jika ada daripada mereka yang hadir pada waktu itu.



Wakil Kementerian Pertahanan Ukraine memberitahu Reuters pihak kementerian masih lagi cuba mengesahkan jika jurulatih asing ada di kemudahan itu sewaktu serangan.



"Pihak Russia yang mencerobohi Ukraine melancarkan serangan udara ke arah Pusat Antarabangsa bagi Pengaman dan Keselamatan. Berdasarkan data awal, mereka menyerang dengan lapan peluru berpandu," kata pentadbiran ketenteraan serantau Lviv dalam satu kenyataan.



Gabenor serantau Maksym Kozytskyy berkata pesawat Russia melancarkan sekitar 30 roket di kemudahan itu sambil menambah beberapa roket dipintas sebelum mengena sasaran.



Di dalam hantaran Facebook, tentera udara Ukraine berkata dua peluru berpandu jelajah dari tenggara, "kemungkinan dari perairan Lautan Azov atau Lautan Hitam", dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara.



Kemudahan latihan ketenteraan adalah terbesar di bahagian barat negara ini dan terletak kurang daripada 25 kilometer daripada sempadan Poland. Ukraine mengadakan kebanyakan daripada latih tubinya dengan negara Nato di situ sebelum penaklukan ini. Latih tubi utama terakhir diadakan pada September tahun lalu.



Seorang saksi agensi Reuters melihat 19 ambulans dengan siren dipandu dari arah pangkalan menyusuli serangan. Asap hitam mula kelihatan dari kawasan itu.



"Poland mengecam sebarang unsur pencerobohan menentang Ukraine termasuk pembedilan pangkalan Yavoriv," kata jurucakap Kementerian Luar Poland dalam satu pesanan kepada Reuters.



Tentera asing meninggalkan Ukraine tidak lama sebelum Russia melancarkan pencerobohan ke atas jirannya pada 24 Februari.



Kebanyakan warga Ukraine telah meninggalkan negara itu untuk ke kawasan yang selamat di Lviv sejak pencerobohan Russia.



Datuk bandar kota lain di bahagian barat Ukraine, Ivano-Frankivsk, berkata tentera Russia terus menyerang lapangan terbang pada Ahad. Mengikut laporan awal, tiada kematian dilaporkan. - AFP/Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >