Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Sekurang-kurangnya lima mati lepas militan serang universiti di Pakistan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya lima mati lepas militan serang universiti di Pakistan

Jan 20, 2016 | 03:13 PM

PESHAWAR:

Sekumpulan militan menyerbu sebuah universiti di  barat laut Pakistan pada  Rabu (20 Jan),  dengan tembakan masih berlaku dalam kampus   dan dua letupan kedengaran, kata polis.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan menggunakan senapang dan bom  itu, yang masuhb berterusan, kata seorang pegawai penyelamat.
“Ada  lima mayat di depan saya,” kata pegawai kecemasan Bilal Faiz, yang bercakap dari Universiti Bacha Khan di  Charsadda.
“Mereka semua   mempunyai luka peluru.”
Beliau tidak menjelaskan apakah mereka  termasuk penyerang   bersenjata itu.
 Dua daripada lelaki bersenjata itu  dibunuh  pasukan keselamatan selepas askar memasuki    universiti tersebut, kata Timbalan Ketua Inspektor Saeed Wazir,    tetapi penyerang lain dipercayai masih berada   di tingkat dua dan tiga bangunan kampus.
Tiga pengawal keselamatan, seorang pensyarah universiti dan seorang pelajar  cedera parah tetapi tiada kematian disahkan, katanya, sambil menambah bahawa 70 peratus pelajar  diselamatkan.
Saluran televisyen memetik pegawai penyelamat sebagai berkata seorang profesor kimia terbunuh dan 50 orang cedera dalam serangan itu.
Militan, menggunakan keadaan kabus  tebal musim sejuk kabus, memanjat tembok universiti diwilayah Khyber Pakhtunkhwa itu untuk  memasuki bangunan dan melepaskan tembakan ke arah  pelajar serta guru di dalam kelas dan asrama, kata polis.
“Semua pelajar telah dipindahkan dari asrama, tetapi militan masih bersembunyi di bahagian lain   di universiti itu dan beberapa pelajar serta  kakitangan terperangkap di dalam,” ujar Ketua  Inspektor Wazir.
Beliau berkata  tidak jelas berapa ramai  lelaki bersenjata  terlibat.
Sayap media tentera Pakistan berkata para askar   mengepung universiti itu dengan militan di dalam dan  menjalankan pengawasan udara.
Rakaman televisyen menunjukkan tentera memasuki kampus sedang  ambulans beratur di luar pintu utama dan ibu bapa bimbang memujuk satu sama lain.
Naib Canselor Fazal Rahim memberitahu pemberita bahawa Universiti Bacha Khan mempunyai  lebih 3,000 pelajar dan menjadi tuan rumah bagi 600 pelawat tambahan pada  Rabu bagi acara   bacaan puisi. – AFP, Reuter

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3