Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, sekutu akan siasat serangan di Poland

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



NUSA DUA: Amerika Syarikat dan sekutunya akan menyiasat serangan maut di Poland sebelum memutuskan langkah seterusnya, dengan Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden berkata "tidak mungkin" peluru berpandu itu ditembak dari Russia.



"Kami bersetuju untuk menyokong siasatan Poland mengenai letupan itu," kata Encik Biden kepada pemberita selepas satu mesyuarat tergempar diadakan di luar acara Sidang Puncak G20 di Bali, Indonesia semalam.



Mereka akan menyiasat untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara kolektif, menentukan langkah selanjutnya.



Para pemimpin dari Amerika Syarikat, Jerman, Canada, Belanda, Jepun, Sepanyol, Italy, Perancis dan Britain adalah antara mereka yang hadir.



Mesyuarat itu diadakan selepas dua orang terbunuh dalam letupan di Przewodow, sebuah kampung di timur Poland berhampiran sempadan Ukraine.



Poland memanggil duta Russia ke Warsaw untuk mendapatkan penjelasan selepas Moscow menafikan ia bertanggungjawab di atas letupan itu.



Letupan di Poland, yang merupakan anggota Nato, serta-merta mencetuskan kebimbangan bahawa perikatan itu mungkin akan terlibat dalam perang hampir sembilan bulan selepas Russia menentang Ukraine yang disokong Barat.



Ditanya jika peluru berpandu itu datang dari Russia, Presiden Biden berkata maklumat awal menunjukkan ia tidak mungkin datang dari Russia.



"Kami akan lihat,'' katanya.



Mesyuarat itu diadakan di belakang tabir dan para wartawan diminta untuk meninggalkan tempat mesyuarat itu.



Presiden Poland, Encik Andrzej Duda juga berusaha untuk meredakan ketegangan, sambil menyatakan tidak ada "bukti yang jelas" dari mana asal peluru berpandu dan dia melihatnya sebagai insiden "terpencil".



"Tiada apa-apa yang menunjukkan kepada kami bahawa terdapat lagi (serangan) itu," katanya.



Dalam panggilan telefon awal pagi dari Bali, Presiden Biden memberitahu Encik Duda bahawa "mereka dan pasukan mereka harus kekal berhubung rapat untuk menentukan langkah seterusnya yang sesuai semasa siasatan diteruskan," kata Rumah Putih.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat Encik Anthony Blinken berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Poland dan Ukraine.



Mereka berikrar untuk terus menyelaraskan usaha bagi menentukan langkah seterusnya.



Menteri Luar Ukraine Encik Dmytro Kuleba berkata dalam twit bahawa beliau telah meminta respons semasa panggilan telefon dengan Encik Blinken. Presiden Biden, yang digambarkan dalam gambar Rumah Putih sedang berkumpul dengan Encik Blinken dan penasihat keselamatan negaranya Encik Jake Sullivan awal pagi semalam, dijangka meninggalkan Bali ke Washington, DC lewat semalam.



Presiden Russia, Encik Vladimar Putin tidak hadir dalam Sidang Puncak G20 tetapi sebaliknya, diwakili Menteri Luar Russia, Encik Sergey Lavrov.



Beliau, yang meninggalkan Bali kelmarin, menyangkal negara itu enggan mengadakan perbincangan bagi huraian keamanan dengan Ukraine. - AFP, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >