Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekutu Xi, Li Qiang, dilantik perdana menteri baru China

Mar 12, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: Encik Li Qiang, sekutu paling dipercayai Presiden China, Encik Xi Jinping, disahkan sebagai perdana menteri Sabtu ketika Encik Xi menegaskan pengaruhnya terhadap kepemimpinan tertinggi negara itu.



Encik Li, bekas ketua Parti Komunis Shanghai yang mengawasi perintah berkurung selama dua bulan di bandar itu pada musim bunga lalu, dinamakan sebagai pengganti Perdana Menteri, Encik Li Keqiang.



Pemimpin berusia 63 tahun itu menerima hampir semua undi daripada lebih 2,900 perwakilan di Kongres Rakyat Kebangsaan sehari selepas Encik Xi dipilih sebulat suara untuk penggal ketiga yang dilihat melanggar norma sebagai presiden.



Usul Encik Xi mencalonkan Encik Li sebagai perdana menteri dibacakan di dewan pada pagi Sabtu.



Pelantikan Encik Li sebelum ini mencetuskan keraguan selepas beliau mengendalikan penutupan Shanghai, yang mana penduduk bergelut untuk mengakses makanan dan rawatan perubatan.



Bagaimanapun, rekod Encik Li serta bantahan yang meluas pada musim sejuk lalu ke atas dasar sifar-Covid-19 Encik Xi diketepikan apabila Encik Xi mengukuhkan cengkamannya terhadap politik China.



Terdahulu, Encik Xi mencalonkan Encik Li, 63 tahun, untuk menjadi perdana menteri ketika persidangan tahunan Parlimen China, jawatan yang berperanan menguruskan ekonomi kedua terbesar dunia.



Encik Li menggantikan Encik Li Keqiang yang akan bersara dalam sesi Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang berakhir Isnin ini, selepas berkhidmat selama 10 tahun.



Encik Li berkhidmat sebagai ketua turus Encik Xi antara 2004 hingga 2007 ketika presiden memegang jawatan setiausaha parti bagi cawangan Zhejiang.



Dilihat pragmatik dan mesra perniagaan, Encik Li bakal berdepan tugas berat memperkukuhkan pemulihan ekonomi China selepas sekatan Covid-19 selama tiga tahun, keyakinan lemah dalam kalangan pengguna dan sektor swasta serta cabaran global.



Beliau juga akan mengambil alih jawatan itu ketika ketegangan yang semakin memuncak dengan Barat, termasuk langkah Amerika Syarikat menyekat akses China pada teknologi utama.



Selain itu, semakin banyak syarikat global mempelbagaikan rantaian bekalan untuk mengurangkan pendedahan pada China, berikutan risiko politik dan gangguan ketika penularan Covid-19.



Ekonomi China hanya berkembang tiga peratus tahun lalu, dan hari pembukaan Parlimen Beijing menetapkan pertumbuhan sederhana tahun ini dengan sasaran sekitar lima peratus, yang juga sasaran terendah dalam tempoh hampir 30 tahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >