Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sel pengganas paling diburu di Indonesia kian lemah lepas 2 lagi anggota dibunuh

May 17, 2016 | 03:33 PM



PALU (Sulawesi Tengah): Dua anggota kumpulan pengganas Mujahidin Timur Indonesia (MIT), yang diketuai pengganas negara itu yang paling dikehendaki, Santoso, terbunuh dalam tembak-menembak dengan pasukan keselamatan pada Ahad di Sulawesi Tengah, kata seorang pegawai.



Encik Hari Suprapto, jurucakap pasukan petugas seramai 3,000 orang yang terlibat dalam misi tangkap atau bunuh anggota MIT, berkata mereka ditemui mati pada 3.43 petang menyusuli tembat-menembak dua jam di Gunung Uwe Mayea, Selatan Poso Pesisir.



Mayat mereka akan dibawa dengan helikopter dari kawasan pergunungan itu ke Hospital Polis Bhayangkara di Palu untuk pengenalan, katanya pada Isnin (16 Mei).



Santoso, yang nama sebenarnya Abu Wardah, penyokong kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) berprofil paling tinggi di Indonesia.



Dia telah melarikan diri selama tiga tahun.



Pada Mac, Amerika Syarikat memasukkannya ke dalam senarai Pengganas Global Khas, bermakna dia dilarang berurusan dengan rakyat Amerika, dan membuka jalan bagi tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadapnya.



Dengan kematian dua lagi suspek pengganas, kumpulan Santoso semakin lemah, kata Ketua Polis Negara Indonesia, Encik Badrodin Haiti.



"Mereka kini berkurangan kepada 23-22 (anggota)," ujarnya, yang ditukil kompas.com.



Sel pengganas Santoso menembak dan membunuh beberapa pegawai polis pada tahun-tahun lalu.



Pegawai telah menggiatkan usaha memburu MIT dalam beberapa minggu kebelakangan, dengan tambahan 700 anggota polis dan tentera dikerah bagi menangkap anggota kumpulan itu. - Jakarta Post/Asia News Network)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >