Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Selebriti wakili suara rakyat

Oct 05, 2019 | 02:07 PM



INDONESIA: Dua penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti dan Mulan Jameela antara 14 artis yang dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bagi penggal 2019-2024.



Mereka termasuk dalam 575 anggota DPR yang mengangkat sumpah di Kompleks Parlimen, Senayan, Jakarta di hadapan Ketua Mahkamah Agung, Prof Dr HM Hatta Ali di bangunan Parlimen Indonesia 1 Oktober lalu.



Menurut laporan detik.com, senarai artis yang turut mengangkat sumpah ialah pelakon Desy Ratnasari, Rano Karno, Eko Hendro Purnom, Dede Yusuf Macan Effendi, Tommy Kurniawan, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Nurul Arifin, Farhan, Rachel Maryam Sayidina dan Nico Siahaan.



Bagaimanapun, pelantikan dua muka baru itu menjadi bualan hangat pengguna internet yang turut meragui pemilihan mereka sebagai wakil rakyat.



1. KRISDAYANTI



Penyanyi popular Indonesia Krisdayanti, 44, adalah muka baru dilantik sebagai anggota DPR selepas memenangi pilihan raya Indonesia yang berlangsung pada 17 April lalu.



Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD bertanding sebagai calon Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) berjaya mewakili anggota DPR Jawa Timur V dengan memperolehi undian sebanyak 132,131.



Isteri pengusaha Raul Lemos ini juga pernah bertanding mewakili Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) pada pilihan raya 2014.



Penyanyi lagu Menghitung Hari Ini mencuri perhatian ramai kerana tampil cantik dan anggun bersanggul Jawa serta mengenakan kebaya merah menyala rekaan pereka terkenal, Anne Avantie pada majlis pelantikannya itu.



Dalam kenyataannya, KD juga meminta orang ramai tidak berpandangan golongan artis memberi imej buruk pada Parlimen.



Menurutnya, dia juga meletakkan dirinya sebagai wakil rakyat yang mewakili wanita dengan memperjuangkan hak mereka.



Pada masa sama, dia juga berjanji memperjuangkan pengesahan Rancangan Undang-Undang (RUU) mengenai penghapusan kekerasan seksual (PKS).



Pada 100 hari pertama, Krisdayanti menegaskan dia akan menyerap aspirasi di Jatim V yang meliputi Malang Raya (Kota Malang, Kota Batu dan Kabupaten Malang).



Sayangnya, banyak warganet kurang menyokong pemilihan KD kerana imejnya yang kurang baik dan pernah terpalit isu negatif sebelum bercerai dengan Anang Hermansyah.



2. MULAN JAMEELA



Penyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, yang berusia 40 tahun ini juga muka baru yang dilantik menjadi wakil rakyat selepas memenangi pilihan raya Indonesia pada 17 April lalu.



Pemilik nama sebenar Raden Terry Tantri Wulansari ini dilantik sebagai anggota DPR mewakili Jawa Barat XI dengan mendapat undian suara sebanyak 13,793. Ia juga langkah pertama Mulan untuk terjun dalam dunia politik Indonesia.



Namun, peilihan isteri penyanyi kumpulan terkenal Dewa 19, Ahmad Dhani yang mewakili Parti Gerakan Indonesia Raya ini juga cukup kontroversi.



Mulan berjaya mendapatkan kerusi DPR selepas menggantikan dua calon dalam parti Gerindra iaitu Ervin Luthfi dan Fahrul Rozi.



Malah, pemilihannya juga dipersoalkan warganet yang menganggap dia hanya sekadar penghias dalam DPR.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >