Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Selepas 100 hari dilantik PM Britain, Sunak belum dapat atasi inflasi

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Menjelang 100 hari di 10 Downing Street minggu ini, Encik Rishi Sunak dijangka dapat menggandakan tempoh jangka pendek Cik Liz Truss sebagai perdana menteri Britain.



Namun setelah menstabilkan pasaran kewangan yang panik selepas tempoh perkhidmatan Cik Truss, pemimpin parti Konservatif itu tidak dapat meraikannya.



Inflasi dua angka sedang meningkatkan kesengsaraan musim sejuk bagi kebanyakan warga di Britain.



Semalam, sehari sebelum ulang tahun mininya, hampir setengah juta pekerja akan meningkatkan beberapa siri mogok menyebabkan penutupan sekolah, kereta api dan sektor awam yang lain.



Pemimpin pembangkang dari Parti Buruh, Encik Keir Starmer telah menggambarkan perdana menteri itu sebagai 'lemah' ketika kededua parti bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya pada tahun depan.



"Adakah beliau mula tertanya-tanya sama ada pekerjaan ini terlalu berat untuknya?" ujar Encik Starmer kepada Encik Sunak semasa di Parlimen baru-baru ini.



Encik Starmer tidak menunjukkan rasa belas kasihan ketika Britain berada dalam krisis yang berpanjangan sejak Brexit dan pandemik Covid-19, dan 'membuat celaan' terhadap Parti Konservatif.



Pemandu ambulans juga telah melancarkan mogok, bersama para jururawat dan ini adalah protes kali pertama dijalankan oleh mereka.



Namun Encik Sunak bertegas bahawa tuntutan gaji oleh kesatuan sekerja hanya akan memacu inflasi yang tinggi.



"Menjadi pengurus wang awam dan perkhidmatan awam yang berkesan bukanlah satu dosa," kata Menteri Kanan, Encik Michael Gove, ketika menolak kritikan bahawa Encik Sunak adalah pemimpin yang tidak dapat memberi inspirasi selepas Encik Boris Johnson dan Cik Truss.



"Pertama sekali yang perlu kita perlu tangani ialah kestabilan,'' kata Encik Gove kepada Sky News pada Ahad lalu.



Encik Sunak menghadapi cabaran yang tinggi ketika beliau berusaha untuk mencontohi kemenangan mengejut pemimpin Konservatif, Encik John Major, ke atas Parti Buruh pada 1992.



Sebelum berada di Downing Street pada Oktober lalu, beliau menjanjikan "integriti, profesionalisme dan akauntabiliti pada setiap peringkat" - berbeza dengan dua pemimpin pendahulunya.



Encik Sunak berdepan tekanan beberapa hari lalu untuk memecat Pengerusi Parti Konservatif, Encik Nadhim Zahawi gara-gara tidak melunaskan bil cukai yang tidak dibayar, ketika bertanggungjawab menjaga perbendaharaan negara itu.



Encik Sunak menegaskan beliau terpaksa bertindak memecat Encik Zahawi seiring janjinya untuk memastikan pentadbiran kerajaan sekarang ini mendokong nilai integriti, profesionalisme dan akauntabliti.



Encik Sunak, seorang penganut Hindu yang pada usia 42 tahun merupakan pemimpin termuda Britain sejak 1812, telah membawa pendekatan teknokrat.



Encik Sunak perlu menghadapi cabaran ekonomi yang perlahan, krisis kos sara hidup dan mentadbir Parti Konservatif yang sudah berpecah-belah dan semakin tidak popular selepas 12 tahun berkuasa.



Tinjauan pendapat menunjukkan bahawa ramai lebih menyukai bekas jurubank pelaburan berbanding parti yang diwakilinya.



Hampir kebanyakan peserta kaji selidik dilihat mengalu-alukan Sunak untuk membuat perubahan jika dibandingkan dengan Cik Truss dan pendahulunya, Encik Johnson. Encik Johnsonmeletak jawatan pada Julai lalu, selepas tiga tahun penuh kontroversi, ketika memegang jawatan itu. -- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >