Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selepas 16 tahun Taufan Katrina melanda, Louisiana dilanda pula Taufan Ida

Sep 1, 2021 | 5:30 AM
KESAN SERANGAN IDA: Sebuah bangunan musnah setelah Taufan Ida melanda kawasan New Orleans, Louisiana, kelmarin. - Foto AFP
KESAN SERANGAN IDA: Sebuah bangunan musnah setelah Taufan Ida melanda kawasan New Orleans, Louisiana, kelmarin. - Foto AFP -

NEW ORLEANS (Louisiana): Pasukan penyelamat Amerika Syarikat terus melakukan gerakan mencari dan menyelamat semalam di tengah-tengah kemusnahan akibat Taufan Ida di Louisiana. sehari setelah bencana itu membunuh sekurang-kurangnya dua orang, memerangkap penduduk dalam air yang serta merosakkan banyak bumbung rumah.

Bandar New Orleans masih tanpa kuasa elektrik lebih 24 jam setelah Taufan Ida menghentam pantai Louisiana sebagai ribut Kategori 4 - tepat 16 tahun setelah Taufan Katrina melanda di kawasan sama menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

"Kebimbangan terbesar adalah kami masih melakukan usaha mencari dan menyelamat, dan kami dimaklumkan mengenai penduduk di seluruh tenggara Louisiana... yang berada dalam keadaan buruk," kata Gabenor Louisiana, Encik John Bel Edwards, kepada media NBC.

Dua kematian telah disahkan sedang pasukan penyelamat menggunakan bot dan kenderaan lasak untuk sampai ke kejiranan perumahan yang terputus hubungan oleh taufan itu.

Gambar-gambar tular di media sosial menunjukkan penduduk diselamatkan daripada kereta mereka yang terperangkap dalam banjir, selain rumah yang musnah.

Sementara itu, kerosakan di bandar New Orleans sendiri agak terhad.

Taufan Ida - yang telah diturunkan kategorinya kepada banjir tropika telah melumpuhkan bekalan elektrik di semua kawasan New Orleans, dengan lebih satu juta kediaman di seluruh Louisiana juga dilaporkan tanpa bekalan elektrik.

"Saya berada di sini 16 tahun lalu (semasa Taufan Katrina melanda).

"Kederasan angin nampak lebih buruk kali ini tetapi kerosakannya tampak kurang serius," kata penduduk Encik Dereck Terry yang kelihatan sedang meninjau kawasan kejiranan sekitarnya.

"Tingkap rumah saya ada yang pecah. Beberapa jubin daripada bumbung juga ada yang jatuh dan air masuk ke dalam," tambah ahli farmasi, 53 tahun, yang sudah bersara itu.

Sementara itu, Encik Edwards berkata sistem tetambak di kawasan terjejas "dapat bertahan dengan baik, jika tidak, kita akan menghadapi lebih banyak masalah hari ini".

Namun di bandar Jean Lafitte, di selatan New Orleans, Mayor Tim Kerner berkata air yang naik dengan cepat telah melepasi kawasan tetambak yang setinggi 2.3 meter.

"Kemusnahan besar, malapetaka, sistem tetambak bandar ini telah dilepasi air," kata beliau kepada media WGNO.

"Kami mempunyai antara 75 hingga 200 orang yang terperangkap di Barataria," setelah sebuah tongkang memusnahkan jambatan ke pulau itu.

Selain itu, terdapat sebilangan penduduk di LaPlace, berdekatan New Orleans, yang menyiarkan pos media sosial meminta bantuan, sambil mengatakan mereka terperangkap banjir. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg