Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selepas Brazil, Peru pula hadapi 'penangan' Covid-19

May 21, 2020 | 2:30 PM
DETIK HIBA: Seorang petugas bilik mayat mengusung mayat mangsa Covid-19 di hospital serantau di Iquitos, bandar terbesar di Peruvian Amazon, Peru. Gambar dirakamkan pada 14 Mei lalu di tengah-tengah penularan koronavirus yang memuncak.
DETIK HIBA: Seorang petugas bilik mayat mengusung mayat mangsa Covid-19 di hospital serantau di Iquitos, bandar terbesar di Peruvian Amazon, Peru. Gambar dirakamkan pada 14 Mei lalu di tengah-tengah penularan koronavirus yang memuncak. - - Foto: AFP

LIMA: Selepas Brazil, Peru kini muncul sebagai negara Amerika Latin kedua mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes, lapor perangkaan Kementerian Kesihatan Peru, semalam.

Sehingga kini, jumlah kematian di negara itu sudah melepasi 3,000 orang dan ia adalah peningkatan tiga kali ganda sejak 30 April lalu.

Sistem kesihatan Peru kini semakin terdesak dan berada di ambang kemusnahan, dengan hospital berdepan masalah kekurangan bekalan peralatan perubatan yang serius.

"Ia seperti sebuah filem seram. Di dalam hospital kelihatan seperti sebuah tanah perkuburan dengan mayat di mana-mana.

"Pesakit terbiar menunggu ajal di atas kerusi atau kerusi roda," kata Miguel Armas, jururawat di Hospital Hipolito Unanue di Lima.

Armas dan beberapa petugas hospital membuat bantahan jalanan pada Rabu, mendesak peralatan keselamatan perubatan yang lebih baik.

Menurut perangkaan rasmi, Peru ada 7,500 pesakit Covid-19. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg