KUALA LUMPUR: Selepas menjadi penyampai radio (DJ) Hot FM, bekas Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, 47 tahun, berminat menceburi bidang muzik. Terbaru, beliau berkongsi gambar sedang 'jamming' dalam studio sambil memegang gitar bersama beberapa pemuzik lain dalam Instagram (IG) Story. Menerusi kapsyen dalam IG, beliau menulis 'what's next?' (apa perancangan seterusnya) dengan emoji ketawa terbahak. Meskipun begitu, aksinya dalam gambar itu seakan memberi bayangan cukup serius meneruskan hobi berkenaan. Untuk rekod, Encik Khairy agak aktif dan kerap bermain gitar termasuk mengiringi persembahan anak-anaknya. Bahkan, kemahirannya dalam bidang itu dikagumi ramai dan sentiasa menjadi perhatian. Encik Khairy tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh, kemudian dipecat dari Umno dua minggu lalu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg