Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Selepas jadi DJ radio, KJ nak jadi pemuzik pula?

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Selepas menjadi penyampai radio (DJ) Hot FM, bekas Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau mesra dipanggil KJ, 47 tahun, berminat menceburi bidang muzik.



Terbaru, KJ berkongsi gambar sedang 'jamming' dalam studio sambil memegang gitar bersama beberapa pemuzik lain dalam Instagram (IG) Story.



Menerusi kapsyen dalam IG, KJ tetap menulis 'what's next?' (apa perancangan seterusnya) dengan emoji ketawa terbahak.



Meskipun begitu, aksinya dalam gambar itu seakan memberi bayangan cukup serius meneruskan hobi berkenaan.



Untuk rekod, KJ agak aktif dan kerap bermain gitar termasuk mengiringi persembahan anak-anaknya.



Bahkan, kemahirannya dalam bidang itu dikagumi ramai dan sentiasa menjadi perhatian.



Terdahulu, KJ memaklumkan akan memulakan tugas sebagai penyampai Bekpes Hot di Hot FM bermula 15 Februari ini.



Sambil berseloroh, KJ bersetuju menerima tawaran kerana tiada pekerjaan, buat masa ini.



Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Encik Nazri Noran, berharap pembabitan KJ bakal memberikan impak lebih baik kepada Hot FM, sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.



Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Encik Shah Hayatudin, berkata stesen radio itu sedang berbincang dengan Encik Khairy untuk menampilkan pengisian hebat buat pendengar setia Hot FM dan pengikut beliau.



"Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen Bekpes Hot. Jadi, pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini," katanya.



KJ tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sungai Buloh, kemudian dipecat dari Umno dua minggu lalu.



KJ, yang tidak lagi mempunyai sebarang jawatan di peringkat negara atau parti, sempat berseloroh bahawa dirinya tidak mempunyai pekerjaan dan hanya menggalas jawatan Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >