Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Selepas pertikaian lebih 3 tahun, Saudi akan buka semula sempadan dan ruang udara kepada Qatar

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



BANDAR KUWAIT: Arab Saudi akan membuka semula sempadan dan ruang udaranya kepada Qatar, kata menteri ehwal luar Kuwait kelmarin.



Ini menandakan langkah besar ke arah menamatkan perselisihan diplomatik yang menyaksikan Riyadh memimpin satu perikatan yang mengasingkan Doha.



Pengumuman itu dibuat sehari sebelum sidang puncak tahunan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di bandar barat laut Arab Saudi, Al-Ula, di mana pertelingkahan itu sepatutnya menjadi perkara utama dalam agenda mereka.



Satu lagi tanda yang menunjukkan bahawa perselisihan selama tiga setengah tahun itu hampir dihuraikan adalah apabila Amir pejabat Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, berkata beliau akan menghadirinya, setelah tidak menghadiri mesyuarat tahunan itu sepanjang tiga tahun lalu.



Riyadh menerajui perikatan negara di Teluk dan di luarnya yang memutuskan hubungan dengan Doha pada Jun 2017, menuduh bahawa ia terlalu rapat dengan Teheran dan menyokong kumpulan Islam radikal - dakwaan yang Qatar nafikan.



Washington telah memberi lebih tekanan untuk satu huraian dan menekankan bahawa perpaduan Teluk suatu yang diperlukan untuk mengasingkan seteru Amerika Syarikat, Iran.



Menteri Ehwal Luar Kuwait Ahmad Nasser Al-Sabah mengumumkan di televisyen bahawa ruang udara dan sempadan darat dan laut antara Kerajaan Arab Saudi dan Qatar dipersetuju untuk dibuka mulai petang semalam.



Beliau menyatakan bahawa persetujuan itu berdasarkan satu saranan oleh Amir Kuwait Sheikh Nawaf al-Ahmad Al-Sabah, mencerminkan usaha berulang kali negara itu untuk menjadi pengantara dalam krisis tersebut.



Namun, penganalisis wilayah Michael Stephens berkata usaha masih perlu dilakukan untuk merapatkan jurang lebih luas antara Qatar dan pesaing serantaunya.



"Saya rasa tiada apa-apa yang telah dipersetujui. Namun ia berita positif - satu langkah besar dan langkah pertama yang penting," katanya kepada agensi berita AFP.



GCC merupakan blok yang dianggotai enam negara Teluk iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Penasihat kanan Rumah Putih Jared Kushner, yang ditugaskan oleh Presiden Trump untuk menangani pertelingkahan itu, membantu untuk merundingkan urusan itu, kata seorang pegawai pentadbiran Trump kanan.



Sekiranya kesepakatan itu kekal, pertelingkahan Teluk akan ditambahkan kepada senarai pencapaian diplomatik pasukan Encik Kushner, senarai yang turut merangkumi persetujuan normalisasi tahun lalu antara Israel dengan UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi.



Encik Kushner, yang juga menantu Encik Trump, telah mengusahakan lebih banyak persetujuan normalisasi antara Israel dengan negara Arab tetapi mungkin tidak akan mempunyai masa yang cukup memandangkan Presiden Dipilih Joe Biden bakal mengambil alih jawatan presiden pada 20 Januari.



Perkembangan itu yang terkini dalam siri persetujuan Timur Tengah yang diburu Washington - yang lain melibatkan Israel dan negara Arab - bertujuan membina perpaduan menentang Iran. - AFP, REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >