Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seludup dadah guna dron: Seorang lagi warga S'pura ditangkap di JB

Jun 24, 2020 | 7:59 PM
7ddb3550-3125-4bf9-9af0-10c1082adc3b
-

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah menangkap seorang lagi lelaki Singapura yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah ke Singapura menggunakan dron.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditangkap pada Selasa (23 Jun) di sebuah kondominium di Johor Bahru - pada hari yang sama seorang lagi suspek digelar Boy Setan, juga warga Singapura, ditahan.

Datuk Ayob memberitahu wartawan pada Rabu (24 Jun) bahawa tiga orang telah ditangkap pada Selasa - Boy Setan, teman wanitanya yang berusia 23 tahun, dan seorang lagi lelaki Singapura.

"Boy Setan dan teman wanitanya ditangkap di sebuah kondominium di Mount Austin, sementara suspek yang lain ditahan di Johor Baru. Kedua-dua warga Singapura itu diuji positif metamfetamin," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg