Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seludup pelarian: Thai keluarkan waran tangkap ke atas tiga lagi askar

Sep 23, 2015 | 11:19 AM



BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand berkata pada Selasa (22 Sep) waran tangkap telah dikeluarkan ke atas tiga lagi pegawai tentera berkaitan penyeludupan manusia.


Sebelum ini, seorang pegawai tentera kanan - Leftenan Jeneral Manas Kongpan - telah didakwa bagi penyeludupan kaum Muslim Rohingya dan pendatang Bangladesh melalui selatan Thailand, selepas semua kerajaan Thai sebelum ini membiarkan perbuatan itu.


Penyeludup manusia meninggalkan beribu-ribu pendatang di laut dan di kem di hutan selepas Thailand mengambil tindakan Mei lalu.


Waran tangkap kini telah dikeluarkan ke atas "empat pegawai tentera - tiga daripada tentera darat dan seorang tentera laut", kata seorang timbalan komander serantau selatan, Paween Pongsiri, kepada AFP.


Mereka termasuk Manas, yang dikatakan menjadi dalang utama kegiatan penyeludupan manusia yang membawa keuntungan besar.


Kebanyakan pendatang mencari kehidupan baru di Malaysia, tetapi ramai ditahan di kem di kedua-dua belah sempadan Thai-Melayu - atau di dalam bot - hingga saudara-mara membayar wang tebusan.


Sejumlah 153 waran telah dikeluarkan bagi penyeludupan manusia, dengan 90 orang ditahan setakat ini. Sekurang-kurangnya 72 telah didakwa tetapi perbicaraan belum dijalankan.


Pada Isnin, Ketua Polis Somyot Poompanmoung memberitahu pemberita 32 anggota polis, termasuk pegawai imigresen di wilayah selatan, telah dipindahkan dari pekerjaan mereka kerana "pelibatan dalam penyeludupan pendatang Rohingya". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >