Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semakan terbaru peraturan WhatsApp cetus kontroversi

WhatsApp jamin dasar terbaru tidak jejas privasi mesej peribadi
Jan 14, 2021 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: WhatsApp memberi jaminan kepada pengguna tentang kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi yang dimiliki Facebook itu sedang orang ramai mula berpindah kepada aplikasi Signal dan Telegram menyusuli semakan pada peraturannya.



Dalam kenyataannya kelmarin, ia menyatakan, "terdapat banyak maklumat salah" berkenaan peraturan perkhidmatan yang dikemaskini berhubung pilihan untuk menggunakan WhatsApp bagi urusan perniagaan, kata eksekutif Facebook, Encik Adam Mosseri, yang mengetuai Instagram, dalam satu kenyataan di Twitter.



Peraturan baru WhatsApp menimbulkan kritikan, sedang pengguna di luar Eropah yang enggan menerima peraturan baru pada 8 Februari ini akan ditamatkan penggunaan aplikasi tersebut.



"Dasar terbaru tidak akan menjejas privasi mesej anda dengan kawan-kawan atau keluarga dalam apa cara sekalipun," kata Encik Mosseri.



Peraturan yang dikemaskini itu menyentuh bagaimana WhatsApp digunakan dalam komunikasi antara pelanggan dengan peniaga yang boleh dikongsi datanya dengan Facebook, yang dapat menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan iklan bersasar, menurut rangkaian sosial berkenaan.



"Kita tidak dapat lihat atau mendengar mesej privet anda, begitu juga Facebook," kata WhatsApp dalam pos di sebuah blog.



"Kami tidak menyimpan log setiap orang yang menulis atau membuat panggilan. Kami tidak nampak lokasi yang anda kongsi, begitu juga Facebook."



Data lokasi bersama-sama kandungan perbualan telah dienkripsi sepenuhnya dari hujung ke pangkal, menurut WhatsApp.



"Kami memberi syarikat perniagaan pilihan untuk menggunakan khidmat yang menaungi perniagaan mereka dengan lebih terjamin dari Facebook dalam menguruskan perbualan WhatsApp dengan pelanggan mereka, menjawab soalan, dan mengirim maklumat yang diperlukan seperti mendapatkan resit," kata WhatsApp dalam kenyataannya.



"Sama ada anda berkomunikasi dengan peniaga menerusi telefon, e-mel atau WhatsApp, ia akan nampak apa yang anda katakan dan mungkin boleh menggunakan maklumat itu untuk tujuan pemasarannya sendiri, yang mungkin merangkumi pengiklanan di Facebook."



Aplikasi Telegram yang dienkripsi menyaksikan jumlah pengguna melonjak selepas WhatsApp mengumumkan semakan pada peraturan penggunaannya, kata pengasasnya, Encik Pavel Durov.



Karyawan kelahiran Russia itu menyatakan di saluran Telegramnya kelmarin, aplikasinya telah mencapai lebih 500 juta pengguna aktif sebulan bagi minggu pertama Januari dan "25 juta pengguna baharu menyertai Telegram dalam 72 jam terakhir".



Pengguna WhatsApp mencecah lebih dua bilion.



"Orang ramai tidak lagi mahu menukar privasi mereka untuk khidmat percuma," kata Encik Durov, 36 tahun, tanpa merujuk secara langsung kepada aplikasi pesaingnya.



Aplikasi serupa, Signal, yang juga dienkripsi sepenuhnya turut menyaksikan lonjakan dalam penggunaannya, didorong oleh saranan peniaga terkemuka Elon Musk.



Telegram merupakan satu wadah media sosial yang popular di beberapa negara, termasuk Russia dan Iran, dan digunakan bagi kedua-dua komunikasi privet dan perkongsian maklumat dan berita.



Encik Durov berkata, Telegram menjadi tempat 'pelindung' bagi mereka yang mahu komunikasi yang privet dan terjamin keselamatannya dan beliau memberi jaminan kepada pengguna baru bahawa pasukannya "memikul tanggungjawab itu dengan sangat serius".



Telegram diasaskan pada 2013 oleh pasangan adik beradik, Pavel dan Nikolai Durov, yang juga merintis rangkaian media sosial, VKontakte.



Tahun lalu, Russia mengumumkan ia menarik balik larangan ke atas Telegram selepas lebih dua tahun gagal dalam percubaannya untuk menghalang penggunaan aplikasi tersebut. - AFP.




"Kita tidak dapat lihat atau mendengar mesej privet anda, begitu juga Facebook.

Kami tidak menyimpan log setiap orang yang menulis atau membuat panggilan. Kami tidak nampak lokasi yang anda kongsi, dan begitu juga Facebook."

- WhatsApp dalam pos di sebuah blog.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >