1 maut, 13 cedara dek tembakan di Toronto

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1 maut, 13 cedara dek tembakan di Toronto

Jul 23, 2018 | 12:27 PM

1 maut, 13 cedara dek tembakan di Toronto

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TEMBAKAN RAMBANG: Pegawai polis dilihat berdekatan kawasan penembakan massa di Toronto, Canada, pada 22 Julai 2018. FOTO: REUTERS
TEMBAKAN RAMBANG: Pegawai polis dilihat berdekatan kawasan penembakan massa di Toronto, Canada, pada 22 Julai 2018. FOTO: REUTERS -

SEORANG penyerang melakukan tembakan rambang di daerah Greektown di Toronto, Canada, semalam, melukakan sebanyak 14 orang sebelum menembak dirinya sendiri, menurut laporan media tempatan.

Seorang wanita maut sementara 13 lagi cedera dalam serangan itu. Awal sebelum ini, sembilan orang dikatakan telah ditembak.

Suspek dipercayai menembak polis sebelum menembak dirinya sendiri, tambah sumber tersebut.

Menyampaikan berita tersebut di tempat kejadian, Ketua Polis Toronto Mark Saunders berkata 14 mangsa ditembak dan seorang wanita telah meninggal dunia. Seorang kanak-kanak perempuan berada dalam keadaan kritikal, tambahnya.

"Kita sedang melihat pelbagai motif... dan tidak menyangkal apa-apa pun," kata Encik Saunders kepada para wartawan.

Sarjan Glenn Russell dari pihak polis Toronto memberitahu bahawa penembakan tersebut berlaku di luar sebuah restoran di antara Logan Avenue dan Danforth Avenue.

Encik Russell berkata mangsa telah dibawa ke beberapa pusat trauma di sekitar bandar tersebut.

Para saksi berkata mereka mendengar sekitar 20 tembakan, lapor laman berita CityNews.com. - AFP/ REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg