Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Semua 82 kerusi DUN dipertanding dalam PRN Sarawak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Semua 82 kerusi DUN dipertanding dalam PRN Sarawak

Dec 07, 2021 | 05:30 AM

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 349 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada 10 pagi semalam.

Beliau berkata SPR mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan layak bertanding daripada pihak berikut iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 82 kerusi; Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi; Parti Sarawak Bersatu (PSB) di 70 kerusi; Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 28 kerusi; Parti Tindakan Demokratik (DAP) bertanding di 26 kerusi; dan, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) di 15 kerusi.

"Selain itu, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bertanding di 11 kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) merebut lapan kerusi; Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) di lima kerusi, Parti Islam SeMalaysia (PAS) lawan di satu kerusi; manakala calon Bebas di 30 kerusi," katanya pada sidang media semalam.

Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 berjalan lancar tanpa insiden pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata pihaknya menggerakkan 5,522 pegawai dan anggota polis di seluruh negeri.

"Mereka ditugaskan mengawal semua 82 pusat penamaan calon di seluruh negeri hari ini (semalam).

"Semua pusat penamaan calon sudah ditutup dan prosesnya berjalan lancar tanpa insiden atau pelanggaran SOP," katanya ketika dihubungi, semalam.

SPR menetapkan hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

Malah, SPR menetapkan penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon.

Ia termasuk aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong calon bertanding yang tidak dibenarkan di mana-mana lokasi sepanjang hari penamaan calon.

Ketetapan itu dibuat sebagai langkah mencegah penularan pandemik Covid-19.

Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri sementara, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berdepan tiga calon lain di DUN Gedong.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu ditentang calon PSB, Encik Mohamad Sofian Fariz Sarbini; calon Amanah, Encik Kamal Bujang dan calon PBK, Encik Tomson Ango.

Senarai calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gedong, Encik Abdul Khalid Manap pada 10.20 pagi.

Ini kali pertama Abang Johari bertanding di DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang dimenanginya selama lapan penggal berturut-turut.

Perebutan kerusi DUN Ba'kelalan pula menyaksikan penyandang, Encik Baru Bian, daripada PSB berdepan pertandingan lima penjuru.

Beliau akan ditentang calon GPS, Encik Sam Laya, Encik Peter Asut daripada PBK, Encik Martin Samuel Labo (PKR) dan calon Bebas, Cik Agnes Padan.

Calon PBK, Cik Jenny Wong Khing Ling, berdepan detik cemas apabila terlupa membawa pas calon dikeluarkan SPR bagi membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.

Kegagalan beliau menunjukkan pas berkenaan menyebabkan calon wanita tunggal bagi kerusi DUN Semop itu tidak dibenarkan masuk ke Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong yang dijadikan sebagai pusat penamaan calon PRN12.

Dalam pada itu, langkah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju, bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Krian, akan menyaksikannya berdepan tindakan disiplin yang tegas termasuk keahlian boleh terhenti serta-merta.

Hari mengundi bagi PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember ini. - BHM.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3