Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semua Ahli Parlimen Bersatu kekal taat, sokong Muhyiddin

Nov 02, 2023 | 05:07 PM



KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen (AP) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kekal istiqamah (taat) menyokong kepimpinan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan sebarang cubaan pihak luar memecah-belahkan parti itu melalui tindakan dua AP-nya yang bertindak menyokong kerajaan tidak akan berjaya.


Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, susulan tindakan AP Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, dan AP Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, yang baru-baru ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada masa yang sama, Bersatu amat komited dalam usahanya memperkasa Perikatan Nasional (PN) yang sudah mendapat mandat dan sokongan besar rakyat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri lalu.

“Justeru, Bersatu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Berita Harian Malaysia.


Isnin lalu, Datuk Suhaili dalam satu kenyataan menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri dan ia dibuat selepas mengambil kira semua permasalahan penduduk Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik yang berterusan.

Beliau ialah AP kedua daripada PN yang bertindak sedemikian, selepas Datuk Iskandar Dzulkarnain melakukan perkara sama pada 13 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Datuk Hamzah berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan Badan Pimpinan Negeri mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan, sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin terhadap dua AP itu, yang juga Ketua Bahagian di bahagian berkenaan.

Selain itu, katanya, Naib Presiden parti, Datuk Dr Radzi Jidin, pula dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Datuk Suhaili.

Sebelum ini, Datuk Hamzah, yang juga Setiausaha Agung PN, mendakwa Datuk Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan dan jika enggan, beliau akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Beliau mendakwa tindakan menakut-nakutkan AP Kuala Kangsar itu dipercayai bertujuan mendapatkan sokongan supaya kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Namun, Datuk Anwar menafikan dakwaan Datuk Hamzah dan menuntut beliau mengemukakan bukti, selain menyifatkan tuduhan itu sesuatu yang serius dan sepatutnya dibuat laporan untuk disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >